printer
PEMBATALAN PELUPUSAN / TRANSAKSI JUALAN

Sekiranya berlaku pembatalan pelupusan / transaksi jualan selepas Borang Nyata CKHT dikemukakan atau setelah bayaran di bawah seksyen 21B ACKHT 1976 dibuat, pelupus atau pemeroleh perlu memaklumkan LHDNM dengan mengemukakan dokumen berikut:

  1. Perjanjian Pembatalan Pelupusan;
  2. Surat pembayaran balik duti setem bersama dokumen sokongan atau dokumen rasmi lain yang dapat membuktikan pembatalan pelupusan / transaksi jualan berkenaan; dan
  3. Surat akuan persetujuan pelupus dan pemeroleh bagi permohonan bayaran balik atas bayaran di bawah subseksyen 21B(1) atau (1A) ACKHT 1976.