printer

KAEDAH PENYETEMAN

  1. Sijil Setem. Kaedah ini adalah bagi permohonan adjudikasi yang dibuat melalui Sistem STAMPS. Sijil Setem akan dijana secara elektronik sebagai bukti penyeteman. Sijil Setem ini perlu dikepilkan atau dilekatkan kepada mana-mana surat cara yang berkaitan bagi membolehkan ianya dianggap telah disetemkan dengan sempurna.

  2. Setem Tertera. Kaedah ini adalah bagi penyeteman duti setem yang dibuat di Pejabat Setem Cawangan, yang berada di Cawangan-cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) seluruh negara dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) melalui Sistem Frangki Digital.

  3. Setem Hasil. Setem hasil hanya boleh didapati di semua Pejabat Pos seluruh Malaysia. Terdapat sembilan denominasi Setem Hasil iaitu;