printer

Kami adalah komited untuk memerangi sesiapa sahaja yang sedang dan telah melarikan cukai. ANDA boleh membantu kami memastikan setiap individu / syarikat membayar cukai yang sepatutnya telah menjadi tanggungjawab bersama demi pembangunan Negara.

Sekiranya ANDA mempunyai maklumat, sila hubungi kami jika mengetahui berlakunya aktiviti pelarian cukai tersebut.

Maklumat yang diberikan tersebut, berkemungkinan dapat membantu memberi keadilan kepada lain-lain Pembayar Cukai.

a.
Bagaimana Membuat Laporan :
 
i.
Menulis surat kepada :
 

Bahagian Sumber Dan Aduan Awam
Jabatan Perisikan Dan Profiling
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Aras 3, Menara 2,
No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor

 
ii.
E-mel : pelariancukai@hasil.gov.my (Aduan Pelarian Cukai)
 
iii.
Telefon : 03-8913 3990 (talian terus) atau 03-8913 3800 (samb: 120560, 120569 atau 120578)
 
iv.
Hadir sendiri ke pejabat kami di alamat seperti yang tertera di atas. ATAU mana-mana Pejabat Pengarah Negeri ATAU pejabat Cawangan Siasatan (CSi), LHDNM.
b.
Butiran maklumat pelarian cukai diperlukan :
 
i.
Nama, no. kad pengenalan, alamat penuh
 
ii.
Bagaimana pelarian cukai pendapatan dilakukan
 
iii.
Dokumen rujukan (jika ada)
 
iv.
Maklumat lain yang penting atau berkaitan
c.
Jaminan Kerahsiaan :
 

Sila ambil perhatian bahawa sumber maklumat yang membawa kepada kajian kes akan dirahsiakan mengikut keperluan peruntukan kerahsiaan di bawah Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967. Begitu juga, Jabatan ini mempunyai kewajipan untuk menjaga kerahsiaan hal ehwal cukai pembayar cukai di bawah peruntukan kerahsiaan yang sama. Oleh yang demikian, tuan / puan tidak akan dimaklumkan tentang kemajuan kajian kes atau hasil daripadanya.

 

JALANKANLAH TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI RAKYAT PRIHATIN
BANTULAH NEGARA MEMBANTERAS PENGELAK CUKAI PENDAPATAN