SISTEM FRANGKI DIGITAL
Sistem Frangki Digital atau lebih dikenali dengan DFS merupakan salah satu kaedah penyeteman alternatif kepada sistem penyeteman utama STAMPS.
Sistem ini mula diperkenalkan pada tahun 2011 bagi menggantikan kaedah penyeteman manual frangki berdakwat merah.
DFS menggunakan mesin frangki digital yang dihubungkan dengan komputer bagi penyimpanan maklumat penyeteman.
DFS 2.0
Pada tahun 2018, seiring dengan perkembangan teknologi semasa, sistem ini telah dinaiktaraf dan dikenali sebagai DFS 2.0.
Ia melibatkan pembaharuan proses kerja daripada pengisian borang PDS 1 secara manual kepada mengunci masuk (key in) maklumat ke dalam sistem.
Ini bermakna pembayar duti dikehendaki memasukkan maklumat dokumen sebelum penyeteman dibuat.
Walau bagaimanapun, proses kerja yang lain masih tidak berubah.
Pembayar duti dikehendaki membawa surat cara asal yang ingin disetemkan ke kaunter duti setem LHDNM.
Penyeteman ke atas surat cara masih menggunakan Setem Tertera Frangki Digital.
Terdapat tiga (3) kaedah permohonan penyeteman melalui DFS 2.0 iaitu :
Bagi kedua-dua medium, kemaskini maklumat boleh dilakukan sebelum hadir ke kaunter LHDNM. Bagi butiran yang telah lengkap, ianya akan ditukar kepada incrypted QR Code dan akan diimbas di kaunter LHDNM untuk proses penyeteman.
iii) Kaunter Layan Diri
Disediakan di kaunter Pejabat Setem Cawangan (PSC) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC Johor) bagi kemudahan pembayar duti.
Pembayar duti yang telah selesai mengisi permohonan melalui kaedah ini hanya perlu menunjukkan pengenalan diri (kad pengenalan / passport) untuk mendapatkan data yang disimpan dalam database sistem.
Pembayar duti digalakkan untuk membuat pengesahan ketulenan Setem Tertera Frangki Digital setelah proses penyeteman selesai di laman utama STAMPS (https://stamps.hasil.gov.my/stamps/).
KATEGORI PENGGUNA SFD
i) Pengguna Dalaman LHDNM
Orang awam / pembayar duti yang ingin berurusan bagi tujuan penyeteman boleh hadir ke kaunter Duti Setem di seluruh PSC / PKH / UTC Johor.
ii) Pengguna Luar
Pihak luar yang diberi lesen untuk menggunakan mesin di premis masing-masing bagi dokumen yang berduti tetap sahaja.
KELEBIHAN SFD
TARIKH PELAKSANAAN