printer

Akademi Percukaian Malaysia (APM) yang mula beroperasi pada bulan September 1994, ialah institusi latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Ianya terletak di sebuah tapak seluas 36.8 ekar (kira-kira 15 hektar) di Bandar Baru Bangi, Selangor, iaitu lebih kurang 35 km dari ibukota Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

Fungsi Utama

APM berfungsi sebagai sebuah akademi latihan kepada LHDNM untuk merancang dan melaksanakan program latihan bagi melahirkan pegawai LHDNM yang cekap dan berkualiti.

Objektif

Untuk maklumat lanjut berkenaan APM, sila hubungi:

Pengarah,
Akademi Percukaian Malaysia,
Persiaran Wawasan,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor,
Malaysia.
Telefon: +603-89243600/+603-89245800
Faks: +603-89257299 / +603-89257005

Program Latihan

Program latihan yang dijalankan di Akademi Percukaian Malaysia (APM) terbahagi kepada TIGA (3) kategori utama iaitu:

1. Kursus Untuk Pengesahan Dalam Perkhidmatan
Kursus Induksi dan Kursus Asas Perkhidmatan dijalankan untuk pegawai dan staf yang baru mula bertugas di LHDNM. Mereka perlu mengikuti latihan ini dengan jayanya sebagai salah satu kriteria untuk pengesahan dalam jawatan.

2. Kursus Untuk Kenaikan Pangkat;
Kursus Latihan Lanjutan Undang-Undang dijalankan untuk meningkatkan kemahiran analitis pegawai LHDNM dalam bidang percukaian, perakaunan dan audit. Program ini juga bertujuan untuk kemajuan dalam kerjaya.

3. Kursus Untuk Pendedahan dan Pengetahuan
APM menyediakan pelbagai latihan bagi tujuan pendedahan dan pengetahuan untuk meningkatkan kemahiran pegawai LHDNM.

Dalam bidang pengauditan dan percukaian yang merupakan bidang teras LHDNM selaku pemungut hasil negara, antara latihan yang diberikan termasuklah Computer Auditing Tools, Forensic Accounting, UBS, industri khusus, duti setem, insentif cukai dan lain-lain. Latihan dijalankan secara syarahan, kajian kes, role play dan latihan simulasi. Sebahagian dari latihan dijalankan dengan kerjasama pakar-pakar daripada agensi luar seperti Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Internal Revenue Service U.S (IRS).

Selain daripada itu, kursus kemahiran antara perseorangan seperti penggunaan perisian komputer, perhubungan awam, kaunseling, kemahiran rundingan, kemahiran bahasa dan sebagainya merupakan sebahagian daripada kalendar latihan APM. Kursus pengurusan, integriti, komunikasi, kepimpinan dan penilaian strategik turut disediakan.


Program Latihan Kerjasama Antarabangsa

APM berkerjasama dengan beberapa pertubuhan antarabangsa seperti Commonwealth Association of Tax Administrator (CATA), Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), International Bureau of Fiscal Documentation (IBFD), Japan International Cooperation Agency (JICA), Internal Revenue Service U.S.A (IRS), Federal Law Enforcement Training Center, U.S.A (FLETC), Australian Taxation Office (ATO), dan Asian Developmet Bank Institute (ADBI) dalam menyediakan latihan dalam bidang cukai antarabangsa. Program-program yang dijalankan bukan sahaja disasarkan kepada pegawai LHDNM tetapi juga pegawai-pegawai percukaian dari negara-negara sekitar ASEAN malah juga dari negara-negara terpilih di Asia, Afrika, kawasan Kepulauan Pasifik dan juga dari negara-negara Komanwel yang lain. Penyertaan juga diberikan kepada pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan Malaysia.

Fokus latihan meliputi topik yang pelbagai, termasuk tetapi tidak terhad kepada percukaian antarabangsa, syarikat multinasional, perakaunan forensik, penyiasatan jenayah, e-dagang, penipuan dan kesedaran integriti, pindahan harga, perjanjian cukai dan pertukaran maklumat.

Berikut disenaraikan kursus-kursus yang akan dijalankan pada tahun 2017.



No

Kursus

Tarikh

1
LHDNM-OECD : Multilateral Convention To Implement Tax Treaty Related Measures To Prevent Base Erosion And Profit Shifting
20 - 24 Mac 2017

2

LHDNM-IBFD : Permanent Establishment

27 - 31 Mac 2017

3

LHDNM-OECD : Technology And Analytics For Better Tax Administration

10 - 14 Apr 2017

4

LHDNM-OECD : BEPS And Transfer Pricing Guidelines

10 - 14 Jul 2017

5

LHDNM-CATA : Workshop on Taxation of International Transactions (TOIT)

07 - 25 Ogos 2017

6

LHDNM-OECD : Introduction to the Application and Negotiations of Tax Treaties

11 - 15 Sept 2017

7

LHDNM-MTCP-JICA (TCTP) : Tax Administration

18 - 29 Sept 2017

8

LHDNM-IBFD : Taxation of the Digital Economy

09 - 13 Okt 2017

9

LHDNM-OECD : Auditing MNES for BEPS - A Case Study

30 Okt - 03 Nov 2017

10

LHDNM-OECD : Effective and Efficient Use of Tax Incentives

04 - 08 Dis 2017

NOTA :
1) Kursus seperti di No. 5 adalah terbuka kepada negara-negara ahli CATA sahaja.
2) Penyertaan pada kursus-kursus lain adalah berdasarkan jemputan.

Khidmat Rundingan

APM juga menyediakan latihan khusus permintaan daripada negara-negara membangun yang lain. Antara negara-negara yang telah mengambil bahagian dalam latihan ini ialah India, Sri Lanka, Bangladesh, Vietnam, Laos, Myanmar dan Kemboja.

Maklumat lanjut mengenai perkara di atas boleh diperolehi daripada:


Norhanadia Binti Samsudin
Pengarah Pusat Latihan Antarabangsa, Penyelidikan dan Inovasi
Akademi Percukaian Malaysia
Telefon: +603-8924 3600 samb. 132020
Faks: +603-8925 7005
E-mel: norhanadia@hasil.gov.my