printer
e-SMUP
Pengenalan:

Program pengesanan dan pematuhan yang dijalankan oleh LHDNM melalui pengumpulan maklumat tambahan seperti maklumat pelbagai punca pendapatan, maklumat pembelian dan pemilikan aset, maklumat keahlian persatuan / kelab dan sebagainya.


Objektif:

Objektif program ini adalah untuk menyokong aktiviti penguatkuasaan dan pematuhan yang dijalankan oleh LHDNM, dan menyediakan maklumat bagi tujuan pembesaran asas cukai.


Peruntukan Perundangan:

Seksyen 81, Akta Cukai Pendapatan, 1967 memperuntukkan kuasa kepada LHDNM untuk meminta maklumat.


Prosedur:

Agensi Kerajaan/Syarikat swasta/individu dan orang perorangan yang yang dikehendaki untuk membekal maklumat melalui surat/notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai pendapatan 1967, perlu untuk mengemukakan maklumat dalam format softcopy kepada Cawangan LHDNM yang berkenaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis/surat. Sekiranya memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyediakan maklumat tersebut, permohonan untuk melanjutkan tempoh masa pengemukaan boleh dibuat kepada Cawangan LHDNM yang berkenaan.

FORMAT MAKLUMAT

1. Penerima bayaran
2. Perlesenan / Penyewaan
3. Stesen minyak
4. Pelanggan yang menerima perkhidmatan
5. Ahli persatuan dan pertubuhan
6. Pemilik aset hartanah
7. Pembeli bangunan baru seperti rumah kediaman, rumah kedai, bangunan pejabat dll
8. Pembeli kereta motor