printer

Dimaklumkan TARIKH AKHIR penerimaan sumbangan dan derma ke dalam Tabung Harapan Malaysia (THM) adalah pada 14 JANUARI 2019.
Jenis resit/dokumen sumbangan THM yang diterima bagi potongan cukai di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 adalah seperti berikut:

Bil.

Jenis Resit/Dokumen

1.

Resit Rasmi Kerajaan (Kew.38)

2.

Slip cash deposit machine (transaksi sehingga 31 Julai 2018)

3.

Slip pindahan wang melalui ATM

4.

Slip Cheque Deposit Machine

5.

Slip deposit melalui kaunter bank

6.

Slip pembayaran atas talian (maybank2u.com)

7.

Resit penebusan mata (treat point)

8.

Slip pindahan melalui Interbank Giro (IBG Transfer)

9.

Resit Real Time Electronic Transfer Fund and Securities Systems (RENTAS)

10.

Resit telegraphic (TT) bersama advice of credit

Sehubungan itu, sila pastikan resit/dokumen seperti di atas disimpan dengan rapi agar ia boleh dibuat rujukan ketika pengisian Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2018 dan semakan oleh LHDNM.

Sekian, terima kasih.