printer

Dimaklumkan bahawa tarikh akhir bayaran PCB bagi saraan bulan Mei 2018 dan bayaran ansuran anggaran cukai adalah pada 15 Jun 2018 (Jumaat) bersamaan dengan 1 Syawal 1439H (Hari Raya Pertama). LHDNM memohon pembayar cukai untuk membuat bayaran SEBELUM 15 JUN 2018. Pembayaran cukai boleh juga dilakukan melalui perbankan internet atau melalui ejen-ejen kutipan LHDNM bagi mengelakkan kesesakan di kaunter LHDNM.