logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Pengiraan PCB mulai tahun 2009 dan seterusnya

Saraan

Saraan ertinya pendapatan berkenaan dengan perolehan atau keuntungan daripada sesuatu pekerjaan selain manfaat berupa barangan di bawah perenggan 13(1)(b) dan 13(1)(c) Akta dengan syarat bahawa dalam kes sesuatu pemilihan yang tidak boleh dibatalkan dibuat oleh pekerja di bawah kaedah 2A, perolehan atau keuntungan daripada sesuatu pekerjaan hendaklah termasuk manfaat berupa barangan di bawah perenggan 13(1)(b) dan 13(1)(c) Akta.

-Saraan biasa- ertinya saraan bulanan tetap yang dibayar kepada pekerja sama ada amaun tetap ataupun berubah-ubah sebagaimana yang dinyatakan di dalam kontrak perkhidmatan secara bertulis ataupun tidak.

-Saraan tambahan- ertinya apa-apa bayaran yang dibuat kepada pekerja sama ada secara sekaligus atau berkala atau tertunggak atau bayaran yang tidak tetap atau apa-apa bayaran yang merupakan tambahan kepada saraan biasa bulan semasa. Saraan tambahan itu termasuk:

  1. bayaran kerja lebih masa
  2. bonus/insentif
  3. tunggakan gaji atau apa-apa tunggakan lain yang dibayar kepada pekerja
  4. skim opsyen saham pekerja (jika pekerja memilih potongan PCB)
  5. cukai yang ditanggung oleh majikan
  6. ganjaran
  7. pampasan untuk kehilangan pekerjaan
  8. ex-gratia
  9. fi pengarah (tidak dibayar secara bulanan)
  10. komisen
  11. elaun (amaun berubah-ubah sama ada dibayar secara bulanan atau tidak)
  12. apa-apa bayaran lain sebagai tambahan kepada saraan biasa bulan semas

Jenis Saraan Tertakluk kepada PCB

  1. gaji
  1. fi pengarah
  1. upah
  1. perkuisit
  1. bayaran kerja lebih masa
  1. skim opsyen saham pekerja (SOSP)
  1. komisen
  1. cukai yang ditanggung oleh majikan
  1. tip
  1. ganjaran
  1. elaun
  1. pampasan kerana kehilangan pekerjaan
  1. bonus/insentif
  1. saraan lain berkaitan dengan penggajian

Nota: Mulai tahun taksiran 2009, fi pengarah atau bonus bagi sesuatu tahun yang diterima dalam mana-mana tahun semasa, saraan tersebut menjadi sebahagian daripada saraan dalam tahun semasa ia diterima.

Jenis Saraan Tidak Tertakluk kepada PCB

MBB dan NTK merupakan sebahagian daripada saraan yang tidak tertakluk kepada PCB. Namun demikian, pekerja boleh membuat pemilihan yang tidak boleh dibatalkan bagi memasukkan MBB dan NTK sebagai sebahagian daripada saraan yang tertakluk kepada PCB dengan mengisi borang yang ditetapkan dan mengemukakannya kepada majikan. Jika majikan bersetuju, MBB dan NTK adalah tertakluk kepada PCB.

    1. Manfaat Berupa Barangan (MBB)

    MBB adalah manfaat berupa barangan yang tidak boleh ditukarkan kepada wang. Manfaat ini dianggap sebagai pendapatan kasar daripada penggajian di bawah perenggan 13(1)(b) Akta.

    1. Nilai Tempat Kediaman (NTK)
    NTK merupakan tempat kediaman yang disediakan oleh majikan kepada pekerjanya. Nilai manfaat ini dianggap sebagai pendapatan kasar daripada penggajian di bawah perenggan 13(1)(c) Akta.

Potongan Rebat Zakat

  1. Jadual PCB

    Sekiranya terdapat pekerja yang membuat bayaran zakat melalui potongan gaji kepada pihak berkuasa agama Islam, majikan boleh membuat penyesuaian kepada PCB yang harus dipotong setelah melihat bukti tentang bayaran zakat tersebut.

Contoh 1 : PCB bagi Januari 2010

RM

PCB dikenakan mengikut jadual

105.00

Zakat yang dibayar

55.00

PCB perlu dipotong dan diremit

50.00

(105.00 - 55.00)

Contoh 2 : PCB bagi Februari 2010

RM

PCB dikenakan mengikut jadual

110.00

Zakat yang dibayar

140.00

PCB perlu dipotong dan diremit

Tiada

(110.00 - 140.00)

Lebihan zakat RM30.00 di atas boleh dibawa ke hadapan untuk ditolak daripada PCB bagi bulan berikutnya. Walaubagaimnapun, sila ambil perhatian bahawa pelarasan sedemikian hanya boleh dibuat dalam tahun yang sama sahaja. Ini bermaksud, zakat yang dibayar dalam tahun 2010 hanya boleh ditolak dengan PCB yang patut dipotong dalam tahun 2010 sahaja.

Jika seorang pekerja membuat bayaran apa-apa zakat selain daripada potongan zakat bulanan daripada saraan, pekerja hanya boleh membuat pelarasan PCB dengan menggunakan Kaedah Pengiraan Berkomputer dengan menghantar Borang TP1 kepada majikan tertakluk kepada persetujuan majikan.

  1. Kaedah Pengiraan Berkomputer

Sekiranya seseorang pekerja yang membuat bayaran zakat melalui potongan gaji kepada pihak berkuasa agama Islam, majikan yang menggunakan Kaedah Pengiraan Berkomputer hanya perlu input amaun tersebut dalam sistem untuk mendapatkan PCB yang perlu dibayar secara automatik.

Walau bagaimanapun, jika seorang pekerja membuat bayaran apa-apa zakat selain daripada potongan zakat bulanan daripada saraan, pekerja boleh membuat pelarasan PCB dengan menghantar Borang TP1 kepada majikan tertakluk kepada persetujuan majikan.

  1. Formula Pengiraan PCB untuk bayaran Saraan Tambahan mulai tahun 2009.

    Terdapat dua kaedah pengiraan formula saraan tambahan iaitu:

    1. Pengiraan saraan tambahan menggunakan Jadual

      Majikan yang memproses/ membayar gaji secara manual/tidak menggunakan perisian pembayaran gaji berkomputer boleh merujuk kepada formula seperti dalam Nota penerangan PCB atau di bawah untuk pengiraan PCB saraan tambahan. Walau bagaimanapun, majikan adalah digalakkan untuk menggunakan Kalkulator PCB atau
      e-PCB yang dibangunkan oleh LHDNM.
  2. Langkah 1 - Tentukan PCB ke atas saraan biasa bersih setahun (tidak termasuk saraan tambahan bulan semasa) dan PCB saraan tambahan yang telah dibayar.

    [A] Tentukan kategori pekerja.

    [B] Tentukan saraan biasa bersih = Saraan biasa kasar tolak (-) KWSP atau Kumpulan Wang Lain Yang Diluluskan (terhad kepada RM500.00 sebulan atau RM6,000 setahun).

    [C] Tentukan PCB bulan semasa bagi saraan biasa bersih dalam Langkah 1 [B].

    PCB bulan semasa = RMXXX (rujuk Jadual Potongan Cukai Bulanan)

    PCB bersih = PCB bulan semasa - zakat dan fi/levi bulan semasa.

    [D] Jumlah PCB setahun = PCB terkumpul yang telah dibayar + [PCB bulan semasa pada Langkah [C] x baki bulan dalam setahun termasuk bulan semasa]
    = X + [PCB bulan semasa pada Langkah [C] x (n + 1)]

    Langkah 2 - Tentukan pendapatan bercukai setahun [P] (termasuk saraan tambahan bulan semasa) dan PCB untuk saraan tambahan yang telah dibayar.

    [A] Tentukan kategori pekerja.

    [B] Tentukan pendapatan bercukai setahun [P];

    P = [( Y - K ) x 12] + [Σ(Yt1 - Kt1)] + (Yt - Kt) - ( D + S + 1000C)

    Langkah 3 - Tentukan jumlah cukai setahun berdasarkan kepada nilai P dalam Langkah 2 [B]. Nilai M, R dan B adalah berdasarkan kepada nilai seperti di Jadual 1.

    Jumlah cukai setahun = (P - M) x R + B

    Jadual 1

    P

    (RM)

    M

    (RM)

    R

    (%)

    B

    Kategori 1 & 3 (RM)

    B

    Kategori 2 (RM)
    2,500 - 5,000 2,500 1 - 400 - 800
    5,001 - 20,000 5,000 3 - 375 - 775
    20,001 - 35,000 20,000 7 75 - 325
    35,001 - 50,000 35,000 12 1,525 1,525
    50,001 - 70,000 50,000 19 3,325 3,325
    70,001 - 100,000 70,000 24 7,125 7,125
    Melebihi 100,000 100,000 26 14,325 14,325

    Langkah 4 - Tentukan PCB bagi saraan tambahan semasa iaitu jumlah cukai (Langkah 3) ditolak dengan jumlah PCB setahun (Langkah 1[D]) dan zakat yang telah dibayar.

    PCB saraan tambahan = Langkah 3 - [Langkah 1[D] + zakat yang telah dibayar]

    Langkah 5 - PCB bulan semasa yang perlu dibayar.

    = PCB bersih + PCB saraan tambahan bulan semasa

    = Langkah 1[C] + Langkah 4

    1. Pengiraan saraan tambahan PCB menggunakan Kaedah Pengiraan Berkomputer

    Kaedah Pengiraan Berkomputer adalah terpakai dalam mana-mana keadaan berikut:

    1. Majikan yang menggunakan sistem pembayaran gaji berkomputer yang disediakan oleh pembekal perisian atau dibangun/diubahsuai oleh majikan mengikut spesifikasi yang ditentukan dan disemak oleh LHDNM.

    2. Majikan yang menggunakan sistem/aplikasi yang dibangunkan oleh LHDNM yang boleh diperolehi di laman web LHDNM - Kakulator PCB dan e-PCB.

    Sekiranya majikan menggunakan sistem yang disediakan seperti di atas, majikan hanya perlu masukkan maklumat yang berkaitan ke dalam sistem untuk mendapatkan hasil pengiraan PCB.

    Formula saraan tambahan yang digunakan untuk Kaedah Pengiraan Berkomputer adalah seperti berikut;

    Langkah 1 - Tentukan PCB ke atas saraan bersih setahun (tidak termasuk saraan tambahan bulan semasa).

    [A] Tentukan kategori pekerja.

    [B] Tentukan pendapatan bercukai setahun [P];

    P = [Σ(Y- K*)+(Y1 - K1*)+[(Y2 - K2*) x n]+ (Yt - Kt*)] - [D+S+1000C + (ΣLP + LP1)]

    iaitu (Yt - Kt) = 0

    [C] Tentukan PCB bulanan bagi saraan biasa bersih. Setelah nilai P pada langkah [B] ditentukan, nilai M, R dan B ditentukan berdasarkan Jadual 1 di atas.

    PCB bulan semasa = [ (P - M) x R + B ] - (Z+ X )
    n + 1

    PCB bersih = PCB bulan semasa - zakat dan fi/levi bulan semasa

    [D] Tentukan jumlah PCB setahun

    Jumlah PCB setahun = Jumlah PCB terkumpul yang telah dibayar + [PCB bulan semasa pada Langkah [C] x baki bulan dalam setahun termasuk bulan semasa]

    = X + [(PCB bulan semasa pada Langkah [C]) x (n + 1)]

    Langkah 2 - Tentukan pendapatan bercukai setahun [P] (termasuk saraan tambahan bulan semasa) dan saraan tambahan yang telah dibayar.

    [A] Tentukan kategori pekerja.

    [B] Tentukan pendapatan bercukai setahun [P];

    P = [Σ(Y- K*)+(Y1 - K1*)+[(Y2 - K2*) x n]+ (Yt - Kt*)] - [D+S+1000C + (ΣLP + LP1)]

    Langkah 3 - Tentukan jumlah cukai setahun berdasarkan nilai P pada Langkah 2 [B]. Nilai M, R dan B adalah berdasarkan kepada nilai seperti di Jadual 1 di atas.

    Jumlah cukai setahun = (P - M) x R + B

    Langkah 4 - Tentukan PCB untuk bulan semasa bagi saraan tambahan iaitu jumlah cukai setahun (Langkah 3) ditolak dengan jumlah PCB setahun (Langkah 1[D]), zakat dan fi/levi yang telah dibayar.

    PCB saraan tambahan = Langkah 3 - [Langkah 1[D] + zakat dan fi/levi yang telah dibayar]

    Langkah 5 - PCB bulan semasa yang perlu dibayar.

    = PCB bersih + PCB saraan tambahan bulan semasa

    = Langkah 1[C]+ Langkah 4

  3. Senario bayaran bonus dan yuran pengarah dan cara pengiraan PCB untuk Tahun 2009 dan seterusnya:

Mulai Tahun Taksiran 2009, pendapatan bonus dan fi/yuran pengarah menjadi sebahagian daripada pendapatan kasar dalam tahun asas ia diterima dan ditaksir dalam tahun asas ia diterima. Bayaran PCB untuk saraan tambahan bonus, yuran pengarah dan saraan bulan semasa hendaklah disatukan dan tidak perlu diasingkan. Gunakan Borang_CP39 untuk membuat bayaran.

Walau bagaimanapun, jika saraan tambahan untuk tunggakan selain bonus dan fi/yuran pengarah yang dibayar dalam tahun semasa adalah untuk tahun sebelum, pengiraan PCB bagi tunggakan tersebut dikehendaki berdasarkan pengiraan bagi tahun berkenaan dengan menggunakan formula bagi tahun itu.

Senario 1:
Bayaran saraan tambahan tunggakan komisen 2008 dibayar dalam tahun 2009.

  1. Gunakan Jadual PCB (PINDAAN 2004).
  2. Saraan bulan Disember 2008 diambil sebagai asas untuk pengiraan PCB bagi Langkah [A] Formula Bonus.
  3. Bayaran PCB bagi bulan semasa dan saraan tambahan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang berasingan.
  4. Borang CP39A untuk PCB saraan tambahan.
  5. Borang CP39 untuk PCB bulan semasa.

Senario 2:
Bayaran saraan tambahan tunggakan komisen 2009 dibayar dalam tahun 2010.

      1. Gunakan formula kaedah pengiraan berkomputer PCB 2009/Kalkulator PCB.
      2. Pilih Pengiraan PCB tahun 2009.
      3. Pilih pernah bekerja sebelum ini dalam tahun semasa.
      4. Klik bulan Disember untuk pengiraan (Kalkulator PCB).
      5. Jumlah Saraan, KWSP, Potongan, Zakat/FI dan PCB yang telah dibayar dari bulan Januari sehingga Disember 2009 dimasukkan sebagai saraan/PCB/rebat/potongan terkumpul bulan sebelum dalam tahun semasa (termasuk di majikan lama).
      6. Saraan biasa bulan semasa dibiarkan kosong dan masukkan jumlah tunggakan komisen sebagai saraan tambahan termasuk KWSP untuk tunggakan komisen tersebut (jika ada), Klik Kira.
      7. Bayaran PCB untuk saraan tambahan tunggakan komisen hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang CP39A

  1. Contoh Pengiraan

En. Abu mendapat tunggakan gaji untuk tahun 2008 sebanyak RM1,200 (potongan KWSP : RM132.00). Gaji En. Abu pada Disember 2008 adalah RM3,600 (potongan KWSP : RM396.00). Saraan bulanan Januari 2010 adalah RM3,700.00 (potongan KWSP : RM407.00). Pada bulan Januari juga, syarikat beliau telah memberi bonus sebanyak RM3,700.00 (potongan KWSP : RM407.00). Kira PCB Januari yang perlu dibayar oleh En. Abu.

  1. PCB untuk tunggakan gaji tahun 2008 (RM1,200)

    Pengiraan :

Kategori PCB mengikut jadual adalah : KATEGORI 3/KA2

[A] Tentukan PCB ke atas saraan bersih bulanan (tidak termasuk saran tambahan)

Saraan bulanan

RM3,600.00

Tolak : KWSP

RM 396.00

Saraan bersih

RM3,204.00

PCB atas saraan RM3,204 = RM48.00 [Rujuk Jadual PCB (PINDAAN 2004)].

[B] Campur 1/12 daripada saraan tambahan bersih kepada jumlah saraan bersih bulan

Nilai manfaat

RM1,200.00

Tolak : KWSP*

RM 104.00

Saraan tambahan bersih

RM1,096.00

*Potongan KWSP dihadkan kepada RM500 sebulan.
[RM500 - RM396.00 = RM104.00].

(1/12 X RM1,096.00) + RM3,204.00 = RM3,295.00

[C] Tentukan PCB ke atas jumlah [B]

PCB atas RM3,295.00 = RM50.00

[D] Tentukan PCB bagi saraan tambahan

(RM50.00 - RM48.00) X 12 = RM24.00

[E] Amaun cukai yang perlu dipotong bagi saraan tambahan tunggakan gaji pada bulan saraan tambahan dibayar adalah,
= RM24.00 (Guna Borang CP 39A)

  1. PCB untuk bayaran bonus pada tahun 2010. [Sek 25(A), ACP 1967, Akta 693]

Sila klik di sini untuk melihat contoh pengiraan dalam Kalkulator PCB.

*PCB untuk bulan Januari RM 286.55 perlu dibayar menggunakan format Borang CP39.

Di lawati : 80,474
Kemaskini : : 2016-06-17 15:04:50

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

14 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 13 Dis 2018
Pengunjung : France
 Flag 1 Korea Republic of
 Flag 1 MALAYSIA Flag 7 United States
 Flag 10 Online : 19
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 8,874
Jumlah Pengguna Bulan : ( 12 / 2018 ) 899,949
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2018 ) 35,101,696
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 201,414,187
Jumlah Pengguna Bulan :( 11 / 2018 ) 2,041,071
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2017 ) 33,518,994