logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / PCB untuk Bayaran Ganjaran

Ganjaran bagi kes seperti yang berikut adalah dikecualikan daripada cukai sepenuhnya dan tidak tertakluk kepada pengiraan PCB.

  1. Ganjaran persaraan

Jumlah yang diterima dengan cara ganjaran atas persaraan daripada suatu penggajian-

  1. jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa persaraan disebabkan oleh keuzuran;
  2. jika persaraan berlaku pada atau selepas mencapai umur 55 tahun, atau pada mencapai umur wajib bersara daripada penggajian yang dinyatakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan dalam salah satu kes daripada suatu penggajian yang berlanjutan selama sepuluh (10) tahun dengan majikan atau kumpulan syarikat yang sama; atau
  3. jika persaraan berlaku apabila mencapai umur wajib bersara mengikut suatu kontrak penggajian atau perjanjian bersama pada umur 50 tahun tetapi sebelum 55 tahun dan penggajian itu telah berlanjutan selama sepuluh (10) tahun dengan majikan atau kumpulan syarikat yang sama.
  1. Jumlah wang yang diterima dengan cara ganjaran atau dengan cara bayaran sebagai ganti cuti yang dibayar daripada kumpulan wang awam atas persaraan dari suatu penggajian di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

  2. Jumlah wang yang diterima dengan cara ganjaran yang dibayar daripada kumpulan wang awam atas penamatan suatu kontrak penggajian (tolak caruman oleh majikan kepada KWSP, jika ada, dan faedah ke atasnya).

  3. Jumlah wang yang diterima dengan cara ganjaran kematian atau sebagai pampasan disatukan bagi kematian atau kecederaan.

Jika pekerja tidak layak mendapat apa-apa pengecualian ganjaran seperti di atas, PCB atas semua ganjaran tersebut perlu dikira dengan menggunakan Formula Saraan Tambahan.

Contoh :

  1. Pekerja mula penggajian pada : 1 Januari 2002
  2. Pekerja bersara dan menerima ganjaran pada : 29 Oktober 2010
  3. Jumlah ganjaran dibayar apabila bersara pada umur 53 tahun : RM35,000.00

Tentukan tempoh penggajian:

Tempoh penggajian: 1 Januari 2002 - 31 Oktober 2010 ( 9 tahun 10 bulan).
Oleh itu, ganjaran adalah boleh dikenakan cukai disebabkan tempoh penggajian kurang daripada sepuluh (10) tahun.

Jumlah ganjaran diterima yang berjumlah RM35,000.00 adalah tertakluk kepada PCB dan PCB tersebut hendaklah dikira menggunakan Formula Saraan Tambahan.
Di lawati : 10,758
Kemaskini : : 2016-03-04 18:17:42

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

83 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 17 Ogos 2018
Pengunjung : Japan
 Flag 1 Sri Lanka
 Flag 1 Malaysia
 Flag 3 Netherlands
 Flag 1 United States
 Flag 13 Online : 19
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 3,220
Jumlah Pengguna Bulan : ( 08 / 2018 ) 1,218,439
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2018 ) 27,834,213
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 194,146,695
Jumlah Pengguna Bulan :( 07 / 2018 ) 2,341,253
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2017 ) 33,518,994