logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Pampasan untuk Kehilangan Penggajian

Pampasan adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan dalam hal keadaan yang berikut:

  1. Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa bayaran yang dibuat atas alasan kehilangan pekerjaan disebabkan oleh keuzuran; atau

  2. Dalam hal suatu bayaran dibuat berhubungan dengan suatu tempoh penggajian dengan majikan yang sama atau dengan syarikat dalam kumpulan yang sama, berkenaan dengan sekian banyak bayaran yang tidak melebihi suatu jumlah yang ditentukan dengan mendarabkan jumlah RM10,000.00 dengan bilangan tahun genap bekerja dengan majikan atau syarikat tersebut.

Pampasan bagi maksud perenggan ini termasuklah pemberhentian di bawah Skim Pemisahan Sukarela (VSS) atau Skim Pemisahan Persetujuan Bersama.

Baki pampasan setelah ditolak dengan pengecualian yang layak adalah tertakluk kepada PCB dan pengiraan PCB tersebut hendaklah menggunakan Formula Saraan Tambahan.

Contoh :

  1. Pekerja mula penggajian pada 1 Mei 2004
  2. Pekerja diberhentikan pada 25 Mac 2010
  3. Jumlah bayaran pampasan RM75,000.00

Penentuan amaun pampasan yang tertakluk kepada cukai.

[A] Tentukan bilangan tahun genap perkhidmatan.

1/5/2004 - 30/4/2005: satu tahun genap perkhidmatan.
1/5/2005 - 30/4/2006: satu tahun genap perkhidmatan.
1/5/2006 - 30/4/2007: satu tahun genap perkhidmatan.
1/5/2007 - 30/4/2008: satu tahun genap perkhidmatan.
1/5/2008 - 30/4/2009: satu tahun genap perkhidmatan.
1/5/2009 - 25/3/2010: kurang dari satu tahun genap perkhidmatan.

Pekerja telah berkhidmat untuk 5 tahun genap perkhidmatan.

[B] Pengecualian cukai ke atas pampasan hendaklah:

RM10,000.00 x 5 tahun genap perkhidmatan = RM50,000.00

Bayaran pampasan RM75,000.00
Tolak: Amaun yang dikecualikan RM50,000.00
Baki pampasan yang tertakluk PCB RM25,000.00

Baki pampasan berjumlah RM25,000.00 setelah ditolak dengan pengecualian yang layak adalah tertakluk kepada PCB dan pengiraan PCB tersebut hendaklah menggunakan Formula Saraan Tambahan.

Di lawati : 11,838
Kemaskini : : 2016-03-04 18:17:17

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

83 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 21 Mei 2018
Pengunjung : Malaysia
 Flag 11 New Zealand
 Flag 1 United States
 Flag 14 Online : 26
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 7,301
Jumlah Pengguna Bulan : ( 05 / 2018 ) 2,411,942
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2018 ) 21,320,589
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 187,633,052
Jumlah Pengguna Bulan :( 04 / 2018 ) 4,945,214
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2017 ) 33,518,994