logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Bayaran Di Bank Menggunakan Disket

Bayaran di bank menggunakan Disket

PCB boleh dibayar di kaunter bank CIMB Bank dan Public Bank Berhad (PBB) di seluruh Malaysia. Data CP39 yang dihantar hendaklah memenuhi spesifikasi Format Data CP39 yang ditetapkan oleh LHDNM. Data CP39 ini hendaklah disimpan di dalam disket sahaja bagi tujuan pembayaran.

Majikan yang pertama kali menggunakan disket, digalakkan menghantar sampel Format Data CP39 di dalam disket serta contoh senarai potongan PCB (hardcopy) untuk diuji. Sekiranya berjaya, surat kelulusan akan dikeluarkan dan jika gagal surat gagal dan laporan akan dikeluarkan.

Antara kelebihan bayaran menggunakan disket di kaunter bank adalah majikan tidak perlu menghantar bayaran, laporan dan disket ke Pusat Bayaran Kuala Lumpur dan ianya memudahkan majikan membuat bayaran dan menghantar bayaran dalam masa yang ditetapkan.

Cara-cara bagi membuat pembayaran PCB di kaunter bank adalah:-

  1. Majikan membawa disket dan cek ke bank
  2. Isi Slip Bayaran Potongan Cukai Bulanan
  3. Bawa disket untuk diuji ke kaunter ujian disket
  4. Jika lulus, majikan boleh bawa slip bank, disket dan cek ke kaunter bayaran. Salinan slip bayaran akan diberi kepada majikan
Majikan dikehendaki menyimpan salinan slip bank Bayaran Potongan Cukai Bulanan ini sebagai resit rasmi.
Di lawati : 17,582
Kemaskini : : 2014-11-12 15:35:48

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

83 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 21 Mei 2018
Pengunjung : European Union
 Flag 1 Malaysia
 Flag 5 United States
 Flag 13 Online : 19
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 7,520
Jumlah Pengguna Bulan : ( 05 / 2018 ) 2,412,161
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2018 ) 21,320,808
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 187,633,271
Jumlah Pengguna Bulan :( 04 / 2018 ) 4,945,214
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2017 ) 33,518,994