Pekerja Tidak Tertakluk Kepada PCB Tetapi Layak Dikenakan Cukai
Bagi pekerja yang saraan tidak tertakluk kepada PCB tidak semestinya mereka tidak layak dikenakan cukai. Oleh yang demikian, bagi mereka yang memperolehi saraan bulanan (selepas ditolak potongan-potongan yang dibenarkan) di antara RM2,101.00 hingga RM2,350.00 adalah tertakluk kepada cukai pendapatan. Pihak majikan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada LHDNM yang berdekatan supaya fail didaftarkan untuk pekerja berkenaan dengan mengisi borang CP22.