Tanggungjawab Majikan
Daftar Fail E selepas mendaftar Fail C/OG/D atau lain-lain
Dapatkan dan lengkapkan Borang E
Hantar Borang E (e-E) sebelum/pada 31 Mac melalui e-Filing
Lapor pendapatan pekerja (tunai dan bukan tunai) dalam Penyata Saraan Daripada Penggajian (EA/EC)
Kemaskini butiran dan alamat pekerja
Simpan dokumen/rekod selama 7 tahun
Potongan Cukai Bulanan (PCB) mesti dipotong daripada saraan pekerja dan diremitkan sebelum / pada 15hb bulan berikutnya (guna e-PCB/e-Data PCB/ Kalkulator PCB)
Lapor pekerja baharu dalam tempoh 30 hari menggunakan Borang CP22
Lapor pemberhentian pekerja menggunakan CP22A atau CP22B dalam tempoh sebulan dan tahan bayaran (jika ada) bagi kes :
Pekerja akan bersara Pekerja meninggal dunia Pekerja akan meninggalkan Malaysia (jika melebihi 3 bulan) Pekerja tertakluk kepada skim PCB tidak diremit/tidak dipotong
Pekerja akan bersara
Pekerja meninggal dunia
Pekerja akan meninggalkan Malaysia (jika melebihi 3 bulan)
Pekerja tertakluk kepada skim PCB tidak diremit/tidak dipotong
Tahan bayaran kepada pekerja (jika ada) sehingga Surat Penyelesaian Cukai dikeluarkan
Maklum kepada pekerja untuk kemukakan :
Borang TP1 - Tuntutan potongan dan rebat individu Borang TP2 - Tuntutan manfaat berupa barangan dan nilai tempat kediaman Borang TP3 - Maklumat berkaitan penggajian dengan majikan terdahulu dalam tahun semasa
Borang TP1 - Tuntutan potongan dan rebat individu
Borang TP2 - Tuntutan manfaat berupa barangan dan nilai tempat kediaman
Borang TP3 - Maklumat berkaitan penggajian dengan majikan terdahulu dalam tahun semasa