logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Prosedur Pengemukaan Borang Nyata Cukai Keuntungan Harta Tanah

PROSEDUR PENGEMUKAAN BORANG NYATA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH

1. Berkuatkuasa mulai 01.01.2010, pelupus dan pemeroleh perlu mengemukakan Borang Nyata Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) seperti berikut:
a. Pelupus
 
  • Borang CKHT 1A - Pelupusan Harta Tanah
 
  • Borang CKHT 1B - Pelupusan Syer Syarikat Harta Tanah (SHT)
 
  • Borang CKHT 3 - Pemberitahuan Pelupusan Aset Tidak Dikenakan Cukai / Dikecualikan Cukai
b. Pemeroleh
 
  • Borang CKHT 2A - Pemerolehan Harta Tanah / Syer Dalam SHT
2. Nota panduan pengisian Borang Nyata CKHT boleh diperolehi di Portal Rasmi LHDNM
3. Kaedah pengemukaan borang nyata CKHT
a. Secara Manual
i. Borang Nyata CKHT boleh didapati di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berhampiran atau dimuat turun dan dicetak di Portal Rasmi LHDNM. Penggunaan borang PDF adalah dibenarkan.
ii. Setiap pelupus dan pemeroleh dikehendaki mengemukakan Borang CKHT 1A / CKHT 1B dan CKHT 2A bersama-sama dokumen sokongan (rujuk senarai semak di Borang Nyata CKHT berkaitan) ke cawangan LHDNM di mana fail cukai pendapatan pelupus dikendalikan atau cawangan lain yang berhampiran.
iii. Pelupus dan pemeroleh dikecualikan daripada mengemukakan Borang Nyata CKHT sekiranya pelupusan aset tertakluk di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
b. e-Filing CKHT
i. Pengisian secara e-Filing boleh dibuat di laman sesawang LHDNM melalui https://ez.hasil.gov.my
ii. Pelupus atau pemeroleh perlu mendaftar sebagai pengguna e-Filing menggunakan sijil digital. Sekiranya tiada, permohonan hendaklah dibuat mengikut prosedur permohonan sijil digital e-Filing
iii. Borang Nyata CKHT yang lengkap perlu dicetak dan ditandatangani serta dikemukakan bersama-sama dokumen sokongan (rujuk senarai semak di Borang Nyata CKHT berkenaan) ke cawangan LHDNM di mana fail cukai pendapatan pelupus dikendalikan atau cawangan lain yang berhampiran.
c. e-Lodgement
i. Kemudahan e-Lodgement hanya terpakai bagi:
  • Transaksi pelupusan dan pemerolehan harta tanah sahaja (Borang CKHT 1A / CKHT 2A / CKHT 3)
  • Pelupus / pemeroleh individu yang berdaftar sebagai Pengguna e-Filing.
  • Pelupusan aset yang melibatkan satu tarikh pemerolehan sahaja. Sekiranya pelupusan aset melebihi satu tarikh pemerolehan, pengemukaan Borang CKHT 1A perlu dibuat secara manual.
  • Tarikh pelupusan mulai 1 JANUARI 2013
ii. e-Lodgement tidak terpakai bagi situasi berikut:
  • Pelupus membuat permohonan pengecualian di bawah Seksyen 8 ACKHT 1976; atau
  • Pelupusan yang memerlukan penilaian harga pasaran dari Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
iii. Kaedah penggunaan e-Lodgement:
  • Pengemukaan Borang CKHT 1A / CKHT 2A / CKHT 3 secara e-Lodgement boleh dibuat di laman sesawang LHDNM melalui https://ez.hasil.gov.my
  • Pelupus atau pemeroleh perlu mendaftar sebagai pengguna e-Filing mengguna sijil digital. Sekiranya tiada, permohonan hendaklah dibuat mengikut prosedur permohonan sijil digital e-Filing. Sekiranya tiada, permohonan hendaklah dibuat mengikut prosedur permohonan sijil digital e-Filing.
  • Maklumat pelupusan dan pemerolehan dalam e-Lodgement perlu diisi dengan tepat dan lengkap serta dikemukakan secara dalam talian. Pelupus atau pemeroleh perlu menyimpan dokumen sokongan pelupusan, pemerolehan dan tuntutan perbelanjaan untuk semakan (rujuk senarai semak di Borang Nyata CKHT berkaitan) sekiranya diminta oleh LHDNM
  • Borang Nyata Cukai CKHT yang telah dikemukakan secara e-Lodgement dan pengesahan penerimaan Borang Nyata Cukai CKHT boleh dicetak atau disimpan
  • Pelupus atau pemeroleh boleh membuat semakan semula pengesahan penerimaan Borang Nyata CKHT yang telah dikemukakan secara e-Lodgement melalui laman sesawang LHDNM https://ez.hasil.gov.my dengan memasukkan nombor pengenalan dan kata laluan e-Filing

Di lawati : 83,891
Kemaskini : : 2019-08-27 12:19:42

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

150 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 15 Okt 2019
Pengunjung : China Flag 1 Italy Flag 1 Malaysia Flag 87 Singapore Flag 2 United States Flag 8 Online : 99
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 13,101
Jumlah Pengguna Bulan : ( 10 / 2019 ) 684,841
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2019 ) 12,526,120
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 194,409,343
Jumlah Pengguna Bulan :( 09 / 2019 ) 1,503,687
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2018 ) 10,761,843