logolhdn
Official Portal
Inland Revenue Board Of Malaysia
Home / Saham Dalam Syarikat Harta Tanah (Available in Malay Language Only)
SAHAM DALAM SYARIKAT HARTA TANAH

Perenggan 34A Jadual 2 memperkenal satu konsep baru iaitu syarikat terkawal yang memegang harta tanah secara langsung atau tidak langsung sebagai aset utama dikenali sebagai syarikat harta tanah dan keuntungan daripada pelupusan saham dalam syarikat tersebut adalah tertakluk kepada CKHT.

Penentuan Syarikat Harta Tanah (SHT) SHT adalah suatu syarikat terkawal yang mana nilai tertentunya (NT) adalah tidak kurang 75% daripada jumlah aset ketara (JAK).

NT adalah:

a. Nilai pasaran harta tanah; atau

b. Harga pemerolehan saham dalam SHT; atau

c. Nilai pasaran harta tanah dan harga pemerolehan saham dalam SHT, jika syarikat memiliki kedua - duanya .

JAK adalah agregat:

a. Nilai tertentu harta tanah dan saham dalam SHT; dan

b. Nilai aset ketara yang lain seperti loji dan jentera, stok perdagangan, saham (selain daripada saham SHT), wang tunai, bank dan penghutang. Nilai aset - aset ketara yang lain ini boleh berdasarkan kepada nila i buku bagi maksud menentukan sama ada sebuah syarikat terkawal ialah SHT atau tidak.

Kerugian Daripada Pelupusan Saham Dalam SHT

Kerugian daripada pelupusan saham dalam SHT tidak boleh ditolak daripada keuntungan boleh dikenakan cukai daripada pelupusan saham dalam SHT dan juga harta tanah lain dalam tahun yang berkaitan. Kerugian tersebut juga tidak boleh dihantar ke hadapan untuk ditolak daripada keuntungan boleh dikenakan cukai dari pelupusan saham dalam SHT dan harta tanah lain dalam tahun - tahun berik utnya [peruntukan di bawah perenggan 33(d) Jadual 2 ACKHT 1976].

Hit(s) : 6,966
Updated : : 2015-10-12 10:07:36

.Headquarters of Inland Revenue Board Of Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

14 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Last Update : 25 Apr 2019
Visitor(s) : MALAYSIA Flag 15 Online : 15
Best viewed using Chrome,Internet Explorer(Latest Version) or Mozilla Firefox with 1280x800 screen resolution . Copyright Reserved 2015 © IRBM
DISCLAIMER : Inland Revenue Board of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Visitors Today: 9,151
Visitors This Month : ( 04 / 2019 ) 3,799,095
Visitors This Year : ( 2019 ) 15,543,740
Total Visitors : 218,186,290
Visitors This Month :( 03 / 2019 ) 5,314,964
Visitors This Year : ( 2018 ) 36,330,047