Pemeroleh hendaklah memegang 3% daripada nilai balasan atau kesemua wang balasan, yang mana lebih rendah.
Mulai 1 Januari 2018, sekiranya pelupus bukan warganegara Malaysia atau bukan pemastautin tetap atau syarikat yang tidak diperbadankan di Malaysia, pemeroleh hendaklah memegang 7% daripada nilai balasan atau kesemua wang balasan, yang mana lebih rendah.
Pemeroleh dikehendaki meremitkan amaun tersebut kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pelupusan. Amaun wang yang diremitkan akan digunakan untuk membayar keseluruhan atau sebahagian cukai yang dikenakan atas pelupus.
Jika pemeroleh gagal membayar amaun berkenaan, kenaikan 10% daripada amaun yang gagal dibayar akan dikenakan terhadap pemeroleh. Amaun yang sepatutnya dibayar dan kenaikan tersebut adalah merupakan hutang pemeroleh kepada Kerajaan dan hendaklah dibayar kepada KPHDN.