logolhdn
Official Portal
Inland Revenue Board Of Malaysia
Home / Prosedur Bayaran (Available in Malay Language Only)
TARIKH PELUPUSAN DAN TARIKH PEMEROLEHAN

Seseorang yang ingin melupuskan aset perlu mengenal pasti tarikh beliau memperoleh dan melupuskan aset berkenaan. Tarikh pemerolehan dan pelupusan secara langsung mempengaruhi kadar cukai yang digunakan.

1. Tarikh Pelupusan

a. Pada tarikh perjanjian, jika terdapat satu perjanjian secara bertulis; atau

b. Pada tarikh penyelesaian pelupusan aset, jika tidak terdapat perjanjian secara bertulis.

Tarikh penyelesaian pelupusan aset ialah:

i. pada tarikh aset dipindah milik oleh pelupus, atau

ii. tarikh di mana kesemua amaun atau nilai balasan (dalam bentuk wang tunai atau nilai wang) untuk pemindahan itu telah diterima oleh pelupus, yang mana terdahulu.

2. Tarikh Pemerolehan

Tarikh pemerolehan aset oleh pemerol eh dianggap berlaku pada waktu yang sama dengan tarikh pelupusan aset itu oleh pelupus kepada pemeroleh itu

HARGA PEMEROLEHAN DAN HARGA PELUPUSAN

1. Harga Pemerolehan

Pengiraan harga pemerolehan adalah seperti berikut:

Balasan dalam bentuk wang atau nilai wang yang dibayar
oleh pemilik semasa memperoleh aset
 

XX

Tolak: Belanja dibenarkan;

- Perbelanjaan yang dibelanjakan kesemua dan semata-mata atas aset, pada bila-bila masa selepas pemerolehannya oleh/ atau bagi pihak pelupus, untuk tujuan meninggikan nilai atau memelihara nilai aset
itu.

 

 

X

-Perbelanjaan yang dibelanjakan kesemua dan semata-mata dalam penubuhan, pemeliharaan atau mengekalkan atau mempertahankan hak milik atas aset itu selepas memperoleh aset itu

 

X

- Kos sampingan kepada pelupus yang membuat pelupusan itu – subsubperenggan

 

X

 

XX

Harga pelupusan 
XX

Nota :

a.Kos sampingan pemerolehan [subperenggan 4(1) Jadual 2]
Kos sampingan yang dicampurkan pada nilai / balasan pemerolehan adalah:

  • bayaran fi, komisen atau saraanyang dibayar untuk perkhidmatan profesional
    seseorang juru ukur, penilai, ejen dan penasihat undang-undang
  • kos pemindahan (termasuk duti setem)
  • kos pengiklanan untuk mendapatkan penjual

b.Pampasan yang diterima kerana kerosakan aset atau susut nilai aset [subsubperenggan 4(1)(a) Jadual 2]
Merupakan apa-apa jumlah wang yang diterima oleh pelupus sebagai pampasan kerana:

  • kerosakan atau bencana pada aset itu;
  • aset tersebut terbinasa atau terhapus; atau
  • untuk susut nilai atau risiko susut nilai aset tersebut.

c.Wang yang diterima di bawah polisi insurans [subsubperenggan 4(1)(b) Jadual 2

Merupakan apa-apa jumlah wang yang diterima di bawah sesuatu polisi insurans untuk
kerosakan , bencana , kehilangan,kebinasaan atau susut nilai pada aset itu.

d.Jumlah wang yang terlucut hak [subsubperenggan 4(1)(c) Jadual 2]
Merupakan apa-apa deposit yang dilucut hak kepada pelupus berhubung dengan pindah
milik yang dicadangkan (pelupusan terbatal).


e. Pampasan, wang polisi insurans atau deposit (terlucut hak) yang diterima antara tempoh
aset itu diperoleh dan dilupuskan, hendaklah ditolak daripada kos asal pemerolehan


f. Jika sesuatu aset diperoleh sebelum 1.1.1970, harga pemerolehan aset tersebut adalah
nilai pasarannya pada tarikh 1.1.1970. Sebarang perbelanjaan dan penerimaan yang
sepatutnya ditolak/dicampur dalam pengiraan cukai diabaikan sekiranya dilakukan
sebelum 1.1.1970. Dalam lain perkataan, perbelanjaan yang dilakukan mulai 1.1.1970
sahaja boleh dituntut dan pampasan, wang polisi insurans atau deposit (terlucut hak) yang
diterima mulai 1.1.1970 sahaja yang boleh ditolak daripada harga pemerolehan

2. Harga Pelupusan

Pengiraan harga pelupusan adalah seperti berikut:

Amaun atau nilai balasan dalam bentuk wang atau nilai wang
untuk pelupusan aset berkenaan
 

XX

Tolak: Belanja dibenarkan;

- Perbelanjaan yang dibelanjakan kesemua dan semata-mata atas aset, pada bila-bila masa selepas pemerolehannya oleh/ atau bagi pihak pelupus, untuk tujuan meninggikan nilai atau memelihara nilai aset
itu.

 

 

X

- Perbelanjaan yang dibelanjakan kesemua dan semata-mata dalam penubuhan, pemeliharaan atau mengekalkan atau mempertahankan hak milik atas aset itu selepas memperoleh aset itu

 

X

- Kos sampingan kepada pelupus yang membuat
pelupusan itu

X

XX

Harga pelupusan 
XX

Nota :
a. Perbelanjaan untuk tujuan meninggikan nilai atau memelihara nilai aset [subsubperenggan 5(1)(a) Jadual 2

Perbelanjaan yang dibelanjakan kesemua dan semata-mata atas asetyang dilupuskan, pada bila-bila masa selepas pemerolehannya oleh/ atau bagi pihak pelupus, untuk tujuan meninggikan nilai atau memelihara nilai aset itu, iaitu merupakan perbelanjaan yang dicerminkan oleh keadaan atau jenis aset tersebut pada masa dilupuskan. Contoh jenis-jenis perbelanjaan tersebut adalah kos kerja-kerja tambahan pada bangunan yang telah diperoleh dan kos bangunan yang dibina atas tanah kosong yang telah diperoleh.

b. Perbelanjaaan dalam penubuhan, pemeliharaan atau mengekalkan atau mempertahankan hak milik atas aset itu selepas memperoleh aset [subsubperenggan 5(1)(b) Jadual 2]

Perbelanjaan yang dibelanjakan kesemua dan semata-mata dalam penubuhan, pemeliharaan atau mengekalkan atau mempertahankan hak milik atau hak atas aset itu selepas memperoleh aset.Contohnya adalah yuran guaman yang dibayar untuk mempertahankan hak milik atas aset yang telah diperoleh.


c. Kos sampingan untuk pelupusan –[subsubperenggan 5(1)(c) Jadual 2]

Kos sampingan untuk sesuatu pelupusan adalah:

  • bayaran fi, komisen atau saraan yang dibayar untuk perkhidmatan profesional
    seseorang juru ukur, penilai, ejen dan penasihat undang-undang;
  • bagi kes pelupusan, kos bagi iklan untuk mendapatkan pembeli dan kos yang
    dilakukan bagi membuat penilaian untuk menentukan
    harga pasaran.

d. Jika pelupus memperoleh aset yang dilupuskan itu sebelum 1.1.1970, perbelanjaan mengikut subsubperenggan 5(1)(a) dan (b) Jadual 2 yang berkaitan tempoh sebelum 1.1.1970 tidak diambil kira –subperenggan 5(2) Jadual 2.


PERBELANJAAN YANG TIDAK DIAMBIL KIRA

Sesuatu perbelanjaan yang boleh dibenarkan dalam pengiraan pendapatan larasan atau kerugian larasan bagi tujuan cukai pendapatan, tidak boleh diambil kira dalam menentukan harga pemerolehan atau harga pelupusan. Sekiranya perbelanjaan itu layak sebagai potongan berdasarkan ACP, perbelanjaan itu tidak boleh dibenarkan sebagai potongan untuk tujuan CKHT tanpa mengambil kira sama ada perbelanjaan tersebut dituntut atau tidak bawah ACP.

Hit(s) : 2,778
Updated : : 2015-10-12 09:58:07

.Headquarters of Inland Revenue Board Of Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

155 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Last Update : 17 May 2019
Visitor(s) : MALAYSIA Flag 24 Online : 24
Best viewed using Chrome,Internet Explorer(Latest Version) or Mozilla Firefox with 1280x800 screen resolution . Copyright Reserved 2015 © IRBM
DISCLAIMER : Inland Revenue Board of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Visitors Today: 3,926
Visitors This Month : ( 05 / 2019 ) 1,324,871
Visitors This Year : ( 2019 ) 5,089,619
Total Visitors : 186,972,842
Visitors This Month :( 04 / 2019 ) 2,096,771
Visitors This Year : ( 2018 ) 10,761,843