logolhdn
Official Portal
Inland Revenue Board Of Malaysia
Home / Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (Available in Malay Language Only)
KADAR CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH
  • Kadar cukai keuntungan harta tanah mulai 1.1.2014
    Berkuat kuasa 01.01.2014 kadar cukai yang dikenakan adalah seperti berikut:-
TEMPOH PELUPUSAN PELUPUS

SYARIKAT

[Contoh: syarikat, koperasi, persatuan, pertubuhan, badan amanah & Hindu joint family]

(%)

SELAIN SYARIKAT DAN SELAIN INDIVIDU BUKAN WARGANEGARA & BUKAN PEMASTAUTIN TETAP

[Contoh: individu, harta pusaka & perkongsian]

(%)

INDIVIDU BUKAN WARGANEGARA & BUKAN PEMASTAUTIN TETAP

(%)

Dalam tempoh 3 tahun
30
30
30
Dalam tahun ke-4
20
20
30
Dalam tahun ke-5
15
15
30
Dalam tahun ke-6 dan seterusnya
5
0
5

 

  • Kadar cukai keuntungan harta tanah mulai 1.1.2010 sehingga 31.12.2013

Kadar-kadar CKHT untuk tempoh tersebut adalah seperti berikut:
A. Kadar untuk selain syarikat dan selain bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap

[ Bahagian 1 Jadual 5 ACKHT 1976]; dan Kadar untuk syarikat [Bahagian ll Jadual 5 ACKHT 1976]

Tempoh Pelupusan Kadar Cukai (%)

1.1.2010 - 31.12.2011

1.1.2012 - 31.12.2012

1.1.2013 - 31.12.2013

Dalam tempoh 2 tahun


30 (5)

30 (10)

30 (15)

Dalam tahun ke3

20 (5)

20 (5)

20 (10)

Dalam tahun ke4

15 (5)

15 (5)

15 (10)

Dalam tahun ke5

5 (5)

5 (5)

5 (10)

Dalam tahun ke6 atau seterusnya

5 (dikecuali)

5 (dikecuali)

5 (dikecuali)

B. Kadar untuk individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap [Bahagian lll Jadual 5 ACKHT 1976]

Tempoh Pelupusan Kadar Cukai (%)

1.1.2010 - 31.12.2011

1.1.2012 - 31.12.2012

1.1.2013 - 31.12.2013

Dalam tempoh 2 tahun


30 (5)

30 (10)

30 (15)

Dalam tahun ke3

30 (5)

30 (5)

30 (10)

Dalam tahun ke4

30 (5)

30 (5)

30 (10)

Dalam tahun ke5

30 (5)

30 (5)

30 (10)

Dalam tahun ke6 atau seterusnya

5 (dikecuali)

5 (dikecuali)

5 (dikecuali)

Nota : ( ) Kadar efektif mengikut Perintah-perintah Pengecualian yang berkenaan, iaitu:

1. Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) (No.2) 2009 [P.U. (A) 486] (berkuat kuasa 01.01.2010 – 31.12.2011)

a. Menteri mengecualikan mana-mana orang daripada pemakaian Jadual 5 ACKHT bagi pembayaran cukai atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai berkenaan dengan pelupusan apa-apa aset yang boleh dikenakan cukai pada atau selepas 1 Januari 2010 jika pelupusan itu dibuat selepas lima tahun dari tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai.

b. Jika pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai dibuat dalam tempoh 5 tahun dari tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai, Menteri mengecualikan mana-mana orang daripada pemakaian Jadual 5 ACKHT bagi pembayaran cukai atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai berkenaan dengan pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai itu pada atau selepas 1 Januari 2010 dengan syarat bahawa amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:

A X C
B

A -ialah amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai ke atas orang itu mengikut kadar cukai yang berkenaan yang dikurangkan sebanyak amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu pada kadar lima peratus;
B -ialah amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu mengikut kadar cukai yang berkenaan;
C -ialah amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu.

2. Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2011 [P.U.(A) 434] (berkuat kuasa 1.1.2012 – 31.12.2012)


a. Menteri boleh mengecualikan pemakaian Jadual 5 ACKHT bagi pembayaran cukai atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai berkenaan dengan pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai, pada atau selepas 1.1.2012 dengan syarat amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu ditentukan mengikut formula berikut:

A X C
B

iaitu;
i. pelupusan dibuat dalam tempoh dua tahun selepas tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai yang mana:

A - amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai terhadap orang itu mengikut kadar cukai yang berkenaan yang dikurangkan sebanyak amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu pada kadar 10%
B - amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu mengikut kadar cukai yang berkenaan
C - amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu

ii. pelupusan dibuat dalam tahun ketiga, tahun keempat atau tahun kelima selepas tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai yang mana:

A -amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai terhadap orang itu mengikut kadar cukai yang berkenaan yang dikurangkan sebanyak amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu pada kadar 5%
B -amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu mengikut kadar cukai yang berkenaan
C -amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu

b. Jika aset yang boleh dikenakan cukai dilupuskan dalam tahun keenam dan seterusnya selepas tarikh pemerolehan aset tersebut, pemakaian Jadual 5 ACKHT dikecualikan bagi pembayaran cukai atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai berkenaan pelupusan aset pada atau selepas 1.1.2012.

3. Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2012 [P.U.(A) 415] (berkuat kuasa 1.1.2013 – 31.12.2013)

a. Menteri memberi pengecualian daripada pemakaian Jadual 5 ACKHT bagi pembayaran cukai atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai berkenaan dengan pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai pada atau selepas 1.1.2013 dengan syarat amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu ditentukan mengikut formula berikut:

A X C
B

iaitu;
i. pelupusan dibuat dalam tempoh dua tahun selepas tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai yang mana:

A -amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai terhadap orang itu mengikut kadar cukai yang berkenaan yang dikurangkan sebanyak amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu pada kadar 15%
B -amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu mengikut kadar cukai yang berkenaan
C -amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu

ii. pelupusan dibuat dalam tahun ketiga, tahun keempat atau tahun kelima selepas tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai yang mana:

A -amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai terhadap orang itu mengikut kadar cukai yang berkenaan yang dikurangkan sebanyak amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu pada kadar 10%
B -amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu mengikut kadar cukai yang berkenaan
C -amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu

b. Jika aset yang boleh dikenakan cukai dilupuskan dalam tahun keenam dan seterusnya selepas tarikh pemerolehan aset tersebut, pemakaian Jadual 5 ACKHT dikecualikan bagi pembayaran cukai atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai berkenaan pelupusan aset pada atau selepas 1.1.2013.

Walau bagaimanapun, perintah pengecualian ini telah dibatalkan mulai 1.1.2014 melalui Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) (Pembatalan) 2013 [P.U.(A) 369]
Format pengiraan :

RM
Harga Pelupusan
XXX
Tolak: Harga pemerolehan
XXX
Keuntungan yang boleh dikenakan cukai
XXX
Tolak: Pengecualian perenggan 2 Jadual 4 (untuk individu sahaja)
XXX
Tolak: Keuntungan yang dikecualikan mengikut -
- Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) (No.2) 2009 [P.U. (A) 486]
- Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2011 [P.U.(A) 434]
- Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2012 [P.U.(A) 415]
XXX
Keuntungan yang boleh dikenakan cukai (selepas pengecualian)
XXX

Hit(s) : 7,376
Updated : : 2017-10-26 12:39:28

.Headquarters of Inland Revenue Board Of Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

150 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Last Update : 22 Mac 2019
Visitor(s) : Spain
 Flag 1 Malaysia
 Flag 10 Netherlands
 Flag 1 Singapore
 Flag 2 United States
 Flag 10 Online : 24
Best viewed using Chrome,Internet Explorer(Latest Version) or Mozilla Firefox with 1280x800 screen resolution . Copyright Reserved 2015 © IRBM
DISCLAIMER : Inland Revenue Board of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Visitors Today: 45,347
Visitors This Month : ( 03 / 2019 ) 1,031,647
Visitors This Year : ( 2019 ) 1,031,647
Total Visitors : 182,914,870
Visitors This Month :( 02 / 2019 ) 0
Visitors This Year : ( 2018 ) 10,761,843