logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Tanggungjawab Pelupus Dan Pemeroleh
TANGGUNGJAWAB PELUPUS DAN PEMEROLEH

  1. Tanggungjawab Pelupus
  2. Pelupus dikehendaki untuk:

    • Mengemukakan Borang CKHT 1A atau CKHT 1B dengan lengkap dan betul dalam tempoh 60 hari dari tarikh pelupusan harta tanah atau saham SHT bersama-sama salinan dokumen sokongan (rujuk senarai semak di Borang Nyata CKHT berkaitan) bagi menentukan tarikh dan harga pelupusan dan pemerolehan.
    • Mengemukakan Borang Perakuan Pemilihan Pengecualian Cukai (Seksyen 8) ACKHT 1976 bersama-sama dokumen sokongan (sijil layak menduduki / bil eletrik / bil air / perjanjian sewa) sekiranya memilih untuk memohon pengecualian cukai pelupusan kediaman persendirian di bawah Perenggan 9 Jadual 3 (Seksyen 8) ACKHT 1976.
    • Mengemukakan Borang CKHT 3 jika berkenaan dengan menandakan (√) pada kategori pelupusan yang tidak dikenakan cukai di bawah ACKHT 1976. Borang CKHT 3 hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan CKHT 1A atau CKHT 1B.
    • Menyerahkan salinan CKHT 3 kepada pemeroleh.

  3. Tanggungjawab Pemeroleh

    • Pemeroleh dikehendaki untuk mengemukakan Borang CKHT 2A dengan lengkap dan betul dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh pemerolehan harta tanah atau syer dalam SHT bersama-sama salinan dokumen berikut:
      • Perjanjian Jual Beli; dan
      • Resit bayaran / slip bayaran CKHT 502 di bawah subseksyen 21B(1) atau (1A) ACKHT 1976 / salinan Borang CKHT 3.
    • Sekiranya pemeroleh telah menerima salinan Borang CKHT 3 yang lengkap daripada pelupus, pemeroleh tidak perlu membuat bayaran di bawah subseksyen 21B(1) atau (1A) ACKHT 1976.

Di lawati : 2,827
Kemaskini : : 2019-09-06 16:43:38

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

150 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 3 Jul 2020
Pengunjung : MALAYSIA Flag 38 Online : 38
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 3,959
Jumlah Pengguna Bulan : ( 07 / 2020 ) 411,168
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2020 ) 15,004,398
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 240,174,001
Jumlah Pengguna Bulan :( 06 / 2020 ) 2,685,757
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2019 ) 27,411,904