logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Kriteria BNCP Tidak Lengkap
KRITERIA BORANG NYATA TIDAK LENGKAP YANG TIDAK BOLEH DITERIMA
PEMBERITAHUAN
BORANG NYATA TIDAK LENGKAP YANG TIDAK BOLEH DITERIMA TIDAK AKAN DIPROSES DAN SURAT PEMBERITAHUAN AKAN DIKELUARKAN. PENALTI DI BAWAH SUBSEKSYEN 112(3) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 AKAN DIKENAKAN ATAU TINDAKAN DI BAWAH SUBSEKSYEN 112(1) / 112(1A) / PERENGGAN 120(1)(b) AKTA YANG SAMA AKAN DIAMBIL JIKA BERLAKU KELEWATAN / KEGAGALAN DALAM MENGEMBALIKAN SEMULA BORANG NYATA TERSEBUT KEPADA LHDNM

BIL. PERKARA CATATAN PENERANGAN
1. Tidak menggunakan Borang Nyata yang ditetapkan oleh LHDNM.
  1. Borang Nyata dalam format PDF yang dicetak dari Portal Rasmi LHDNM yang tidak memenuhi spesifikasi cetakan adalah tidak dibenarkan.
  2. Menggunakan Borang Nyata yang dicetak dalam format sendiri adalah tidak dibenarkan.
  3. Menggunakan Borang Nyata yang ditandakan 'Untuk Rujukan Sahaja' yang dicetak dari Portal Rasmi LHDNM adalah tidak dibenarkan.
  4. Pengisian maklumat dengan menggunakan PENSEL adalah tidak dibenarkan.
  5. Borang Nyata tidak boleh dihantar melalui faks.
  6. Terdapat muka surat yang tercicir daripada Borang Nyata yang dikemukakan oleh pembayar cukai /wakil pembayar cukai.
Spesifikasi cetakan Borang Nyata yang diterima:
  1. Jenis Kertas :
    • Plain white A4 *
    • (210mm x 297mm) /
    • 80gsm (minimum)
    • * Bukan kertas kitar semula
  2. Orientasi Kertas : Portrait
  3. Teknologi Cetakan : Laser
  4. Warna Cetakan : Hitam / Pure Black / Monochrome
  5. Kualiti cetakan : Single sided / 1 sheet per page / 300 dpi
Pembayar cukai hendaklah memastikan muka surat dalam Borang Nyata adalah mencukupi seperti Borang Nyata asal yang dikeluarkan oleh LHDNM.
2. Tidak menggunakan Borang Nyata yang ditetapkan oleh LHDNM bagi tahun taksiran berkaitan. Tahun taksiran yang tertera pada Borang Nyata tidak boleh dipinda kecuali bagi pengeluaran Surat Penyelesaian Cukai. Pembayar cukai hendaklah menggunakan Borang Nyata yang ditetapkan oleh LHDNM bagi tahun taksiran berkaitan.
3. Kesilapan dalam maklumat asas yang diisi dalam Borang Nyata. Terdapat kesilapan dalam maklumat asas yang diberikan dalam Borang Nyata seperti:
Nama,
Nombor Pengenalan atau
Nombor Pendaftaran.
Pembayar cukai hendaklah memastikan bahawa maklumat yang dikemukakan adalah betul dan tepat. Pembayar cukai perlu mengemukakan salinan Notis Pendaftaran Nama Baharu / Perakuan Pemerbadanan/ kad pengenalan / pasport jika terdapat perbezaan dengan maklumat yang dilaporkan sebelum itu kepada LHDNM.
4. Kesilapan atau tidak memasukkan tarikh tempoh perakaunan dan / atau tempoh asas yang lengkap dalam Borang Nyata. Terpakai untuk Borang Nyata bagi C1, PT, TA, TC, TR dan TN sahaja. Pembayar cukai hendaklah memastikan tarikh tempoh perakaunan dan tempoh asas yang dimasukkan adalah betul dan lengkap.
5. Tidak mengemukakan borang tuntutan relif kumpulan [Borang (RK-T) / Borang (RK-S)] bagi Borang TN. Terpakai untuk Borang TN sahaja. Amanah perniagaan yang menuntut / menyerahkan kerugian di bawah peruntukan relif kumpulan hendaklah mengemukakan Borang (RK-T) / Borang (RK-S) bagi Borang TN, yang mana berkenaan.
6. Kesilapan mengisi amaun dan pengiraan cukai yang salah dalam Borang Nyata.
  1. Bahagian: Pendapatan sehingga Cukai Kena Dibayar / Dibayar Balik
    • Kesilapan dalam amaun yang dimasukkan di ruangan dari Bahagian 'Pendapatan' sehingga Bahagian 'Cukai Kena Dibayar / Dibayar Balik'.
  2. Bahagian: Cukai Kena Dibayar
    1. Jumlah amaun di ruangan 'Pecahan Pendapatan Bercukai' tidak sama dengan amaun di ruangan 'Pendapatan Bercukai'.
    2. Ada amaun diisi di ruangan 'Pendapatan Bercukai' tetapi pengiraan cukai tidak ditunjukkan.
    3. Pecahan Pendapatan Bercukai tidak mengikut jadual cukai yang dikeluarkan oleh LHDNM.
    4. Menggunakan kadar cukai yang salah.
    5. 'Jumlah Cukai Pendapatan' berbeza dengan pengiraan cukai pendapatan.
    6. Jumlah Pendapatan Bercukai salah disebabkan kesilapan matematik.
    7. Mengisi amaun 'Cukai Kena Dibayar' di ruangan 'Cukai Dibayar Balik' atau sebaliknya.
    8. Amaun tuntutan di bawah 'Pelepasan cukai seksyen 132 dan 133' melebihi amaun 'Jumlah Cukai Yang Dikenakan'.
Pembayar cukai hendaklah memastikan amaun yang dimasukkan dan pengiraan cukai adalah benar dan tepat.
7. Butiran di Bahagian 'Akuan' Borang Nyata tidak diisi dengan betul atau tidak dilengkapkan.
  1. Tiada maklumat berikut:
    1. Nama
    2. No. Pengenalan / Pasport
    3. Jawatan
  2. Tandatangan
    1. Tiada tandatangan.
    2. Tandatangan di luar petak yang disediakan dalam borang.
    3. Menggunakan cap tandatangan.
    4. Borang Nyata bukan ditandatangani oleh pemegang jawatan yang layak (bagi pihak sesuatu syarikat / kumpulan orang) seperti dikehendaki di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
  3. Butiran di Bahagian 'Akuan' adalah tidak sama dengan maklumat asas pembayar cukai walaupun akuan menunjukkan 'Borang Nyata diisi bagi pihak sendiri'.
Borang Nyata yang tidak ditandatangani tidak akan diproses. Penggunaan cap tandatangan adalah tidak dibenarkan. Butiran di bahagian ini hendaklah diisi dengan betul dan lengkap.
8. Penyata C.P.8D Tidak Lengkap
  1. Data yang dikemukakan tidak dapat diproses.
  2. C.P.8D dikemukakan dengan menggunakan kaedah selain daripada e-Filing atau peranti yang dibenarkan.
  3. Mengemukakan C.P.8D bagi lebih daripada satu majikan dalam satu peranti adalah TIDAK dibenarkan.
  4. Maklumat C.P.8D dalam peranti tidak menggunakan format yang telah ditetapkan oleh LHDNM.
Peranti yang dibenarkan untuk pengemukaan C.P.8D adalah cakera padat / pemacu USB / cakera keras luaran.

Di lawati : 32,755
Kemaskini : : 2020-07-15 17:16:37

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

150 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 23 Okt 2020
Pengunjung : MALAYSIA Flag 14 Online : 14
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 1,280
Jumlah Pengguna Bulan : ( 10 / 2020 ) 1,534,730
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2020 ) 21,571,628
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 246,741,237
Jumlah Pengguna Bulan :( 09 / 2020 ) 1,959,566
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2019 ) 27,411,904