logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Sijil Taraf Mastautin

SIJIL TARAF MASTAUTIN

Sijil Taraf Mastautin (STM) dikeluarkan untuk mengesahkan bahawa pembayar cukai adalah bermastautin di Malaysia bagi tujuan percukaian. Memandangkan Malaysia telah mempunyai rangkaian Perjanjian Pengelakkan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) dengan beberapa Negara Pejanji, dengan adanya STM ini, pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia layak menuntut manfaat di bawah PPPDK, dan bagi mengelak dikenakan cukai dua kali bagi pendapatan yang sama.

Penentuan Taraf Mastautin

Penentuan taraf mastautin adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 iaitu:

Individu – Seksyen 7
Syarikat – Seksyen 8
Badan Amanah – Seksyen 61 (3)

Permohonan STM

Terdapat 2 cara untuk membuat permohonan STM iaitu:

i. secara manual; atau
ii. melalui sistem e-Residence

Permohonan STM secara Manual

Permohonan STM secara manual boleh dikemukakan ke mana-mana Cawangan LHDNM. Walau bagaimanapun, permohonan STM bagi pembayar cukai milik Jabatan Cukai Korporat (JCK)/ Cawangan Pembayar Cukai Besar (CPCB) dan Cawangan Jalan Duta (CJD) akan diproses dan dikeluarkan oleh Jabatan Percukaian Antarabangsa (JPCA). Permohonan yang telah dihantar ke JCK/ CPCB dan CJD akan dikemukakan ke JPCA untuk diproses.

Alamat JPCA adalah seperti berikut:

Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri
Jabatan Percukaian Antarabangsa
Aras 12 Menara Hasil
Persiaran Rimba Permai
Cyber 8
63000 Cyberjaya
Selangor Malaysia
Tel: 03-83138888 (Samb. 21231/ 21232)
Faks: 03-83137848/ 03-83137849

Pemohon

Pembayar cukai yang perlu membuat permohonan STM secara manual adalah seperti berikut:

i. Pembayar cukai individu;

ii. Ahli kongsi bagi perkongsian;

iii. Pembayar cukai (individu dan syarikat) milik Cawangan Tidak Berrmastautin.

Permohonan STM perlu dibuat ke Cawangan Tidak Bermastautin seperti alamat berikut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Cawangan Tidak Bermastautin
Tingkat 3, 6 – 8, Blok 8
Kompleks Bangunan Kerajaan
Jalan Duta
50600 Kuala Lumpur
Tel: 03-62091000
Faks: 03-62019745

iv. Permohonan untuk negara Arab Saudi, Indonesia, Perancis, Singapura dan Switzerland boleh dibuat dengan melengkapkan borang khas yang boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi Negara berkenaan; dan

v. Fail milik Cawangan Labuan

Permohonan STM perlu dibuat ke Cawangan Labuan seperti alamat berikut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri
Cawangan Labuan
Unit E.004 dan E.005
Tingkat 1, Aras Podium
Kompleks Ujana Kewangan
Jalan Merdeka
87000 W. P. Labuan

Fail Syarikat dan Badan Amanah

Permohonan STM bagi fail syarikat dan badan amanah, selain dari yang disebut di atas, boleh dibuat sama ada secara manual atau melalui sistem e-Residence.


Borang Permohonan STM

Bagi semua permohonan STM secara manual, Borang STM1 perlu dilengkapkan. Bagi memohon lebih daripada satu sijil, Borang STM1A juga perlu diisi.


Dokumen Sokongan

i. Syarikat
Bagi permohonan untuk tahun taksiran di mana Borang Nyata masih belum patut dikemukakan:

- Salinan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan dalam tahun yang dipohon; atau
- Surat pengesahan, yang ditandatangani oleh seorang pengarah syarikat, berkenaan dengan pengawalan dan pengurusan syarikat dijalankan di Malaysia bagi tahun taksiran yang dipohon; dan
- Salinan Form 49 dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

ii. Individu

- Pasport asal dan salinan; dan
- Senarai pergerakan keluar/ masuk Malaysia bagi tahun taksiran yang dipohon.

iii. Perkongsian

Taraf mastautin bagi ahli kongsi individu ditentukan mengikut peruntukan Seksyen 7, ACP 1967, dan bagi ahli kongsi syarikat ditentukan mengikut peruntukan Seksyen 8 ACP 1967. Dokumen sokongan adalah seperti perenggan (i) dan (ii), yang mana berkaitan.

iv. Badan Amanah

- Salinan suratikatan penubuhan Badan Amanah


Senarai Semak

Borang permohonan yang lengkap adalah seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak.


Tempoh Siap

STM dijangka siap diproses dalam tempoh 3 hari bekerja, jika semua maklumat dan dokumen telah dikemukakan dengan sempurna. Pemohon akan dimaklumkan apabila STM telah disiap untuk diambil. STM akan diposkan sekiranya pemohon gagal menuntutnya dalam tempoh 1 bulan.


Bayaran

Tiada bayaran dikenakan bagi STM yang dikeluarkan.

Di lawati : 178,549
Kemaskini : : 2017-09-07 16:18:20

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

83 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 17 Ogos 2018
Pengunjung : Sri Lanka
 Flag 1 Netherlands
 Flag 1 United States
 Flag 11 Online : 13
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 3,183
Jumlah Pengguna Bulan : ( 08 / 2018 ) 1,218,402
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2018 ) 27,834,176
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 194,146,658
Jumlah Pengguna Bulan :( 07 / 2018 ) 2,341,253
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2017 ) 33,518,994