Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
 Bersama Membangun Negara     Sel, 3 Mei 2016    Eng | Mal
Utama / Info Majikan

Siapa Perlu Mendaftar Fail Cukai

Bagi perniagaan atau syarikat yang mempunyai pekerja hendaklah mendaftar fail cukai majikan dengan LHDNM.

Cara Membuat Pendaftaran Fail

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dikemukakan ke cawangan yang berhampiran dengan alamat surat menyurat tuan atau ke mana-mana cawangan LHDNM yang dapat memudahkan tuan berurusan di masa hadapan tanpa merujuk kepada alamat surat menyurat tuan. Permohonan pendaftaran fail juga boleh dibuat secara atas talian melalui e-Daftar.

Dokumen Pendaftaran Bagi Peniaga Tunggal

Sila kemukakan borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai bersama dokumen-dokumen berikut ;

  1. Satu salinan kad pengenalan/passport bagi pemohon/ahli kongsi.
  2. Satu (1) salinan penyata kewangan terkini perniagaan (jika ada)
  3. Satu (1) salinan Borang D - Perakuan Pendaftaran dari SSM.
  4. Satu (1) salinan Borang A - Borang maklumat perniagaan dari SSM ATAU;
  5. Satu (1) salinan surat daripada Majlis Peguam [jika berkaitan] ATAU;
  6. Satu (1) salinan Borang 12 di bawah Akta Perubatan 1971 [jika berkaitan] ATAU;
  7. Satu (1) salinan Borang Q atau Borang K dari Lembaga Penilai Pentaksir & Ejen Hartanah Malaysia [Jika Berkaitan] ATAU;
  8. Satu (1) salinan surat pengesahan daripada MIA [jika berkaitan] dan
  9. Satu (1) salinan surat pengesahan lantikan sebagai agen cukai jika pendaftaran dilakukan oleh agen cukai.


Borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh didapati di mana-mana kaunter LHDNM yang berdekatan.

Dokumen Pendaftaran Fail Majikan Bagi Syarikat

Bagi syarikat, sila kemukakan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai;

  1. Satu (1) salinan Memorandum dan Artikel Persatuan dan Sijil Pemerbadanan (Memorandum and Articles of Association) yang disahkan.
  2. Dua (2) salinan Borang 9 - Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian yang disahkan.
  3. Dua (2) salinan Borang 13 - pertukaran nama syarikat (jika ada) yang disahkan.
  4. Dua (2) salinan Borang 49 - nama dan alamat pengarah-pengarah sekarang yang disahkan.
  5. Satu (1) salinan Borang 24 - senarai pemegang saham yang disahkan.


Setiap dokumen hendaklah disahkan (asal) oleh Setiausaha syarikat yang bertauliah.

Borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh didapati di mana-mana kaunter LHDNM yang berdekatan.

Tindakan Selepas Mendaftar Fail

Selepas nombor rujukan majikan didaftarkan, majikan dikehendaki memastikan pengiraan PCB adalah seperti yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan daripada Saraan) 1994 (Kaedah PCB) seperti dalam Nota Penerangan yang diwartakan oleh LHDNM.

Majikan hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah, tidak lewat daripada hari kesepuluh tiap-tiap bulan kalendar berikutnya selepas gaji pekerja di potong.

Majikan dikehendaki menyediakan Borang C.P.8A (EA) dan C.P.8C (EC) dan diserah kepada pekerja pada atau sebelum hari terakhir Februari setiap tahun bagi membolehkan mereka melengkapkan dan mengembalikan Borang Nyata masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan mengikut peruntukan subseksyen 83(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967(Akta).

Majikan juga dikehendaki mengemukakan Borang Nyata Majikan (Borang E) tidak lewat daripada 31 Mac setiap tahun mengikut peruntukan subseksyen 83(1) Akta.

Di lawati : 294,987
Kemaskini : : 2015-01-05 11:32:57
4 1mal jata mof msc anm kastam bnm lada spr 1akses
Selamat Datang Welcome United States
  Tarikh Kemaskini : 29 Apr 2016
Pengunjung : India
 Flag 1 Malaysia
 Flag 4 United States
 Flag 8 Online : 13
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 1,762
Jumlah Pengguna Bulan : ( 05 / 2016 ) 150,234
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2016 ) 13,310,459
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 126,131,552
Jumlah Pengguna Bulan :( 04 / 2016 ) 6,875,254
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2015 ) 31,675,050