logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Perniagaan Digital

Pengenalan

  • Perniagaan Digital adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada aktiviti ekonomi bedasarkan penggunaan teknologi digital. Sebarang transaksi perdagangan yang dijalankan menerusi teknologi digital, termasuk aktiviti pemberian maklumat promosi dan pengiklanan, pemasaran, pembekalan / penghantaran barangan / perkhidmatan, meskipun pembayaran dan penghantaran berkaitan transaksi ini mungkin dijalankan di luar talian.
  • Individu / syarikat yang menjalankan perniagaan digital dikenakan cukai pendapatan di Malaysia berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967.


Tanggungjawab Peniaga Digital

  • Setiap peniaga digital (individu/syarikat) perlu mempunyai nombor cukai pendapatan.
  • Pendaftaran no. rujukan cukai boleh dilakukan seperti berikut:
    • e-daftar atau;
    • hadir ke cawangan LHDNM.
  • Melaporkan semua pendapatan yang diterima termasuk perniagaan digital.
  • Jika perniagaan adalah perkongsian:
    • Membuat bayaran cukai (ByrHASil)
    • Isi dan hantar Borang e-P melalui e-Filing (tanggungjawab ahli kongsi utama)
    • Hantar Borang e-P tanpa akaun perkongsian
  • Jika perkongsian tamat / ditukar kepada milikan tunggal / syarikat sendirian berhad, maklumkan secara bertulis kepada LHDNM.


Dokumen Diperlukan
Dokumen, rekod dan akaun perniagaan perlu disimpan selama 7 tahun

  • Penyata dari payment gateway (Paypal, ipay88, MOL, dan lain-lain)
  • Perbelanjaan domestik dan persendirian
  • Penyata bank/ penyata kewangan lain
  • Penyata pendapatan daripada syarikat pengiklanan dalm talian (seperti Nuffnang, Google Adsense, dan lain-lain)
  • Invois jualan dan rekod belian
  • Pengesahan jualan dan belian melalui e-mel, dan lain-lain
  • Dokumen perjanjian
  • Resit asal bagi setiap pelepasan / belanja yang dituntut, dan lain-lain


Contoh Aktiviti Perniagaan Digital

No Sektor Penerangan Perniagaan Aliran Aktiviti
1
Peruncitan Dropship, ejen, stokis dan lain-lain. Mengambil pesanan, pembungkusan, menerima pembayaran, penghantaran.
2
Pengangkutan & Logistik Servis Penghantaran, Sewa Kereta, Tempahan Tiket dalam talian dan lain. Perkhidmatan, pembayaran, insurans, penghantaran.
3
Perkhidmatan Kewangan Bank, Gerbang Bayaran, Matawang Crypto, kad Kredit, Kad Debit, Kad Loyalty, Kad Keahlian dan lain-lain. Pengesahan status kewangan, pengeluaran penyata.
4
Pembuatan & Pertanian Cetakan 3D dan lain-lain. Mengambil pesanan, pembungkusan, penerimaan bayaran, penghantaran.
5
Pendidikan Buku elektronik, tutor dalam talian, tutorial dalam talian dan lain-lain. Mengambil pesanan, pembungkusan, penerimaan bayaran, penghantaran.
6
Penjagaan Kesihatan Produk penjagaan kesihatan. Mengambil pesanan, pembungkusan, penerimaan bayaran, penghantaran.
7
Media & Penyiaran Youtube, fotografi (perkhidmatan sebagai jurugambar dan jualan gambar) dan lain-lain. Rekacipta kandungan, muat naik, penerimaan bayaran.
8
Perkongsian Ekonomi Perkongsian kereta, rumah, bilik, motosikal dan lain-lain. Perkhidmatan & bayaran.
9
Langganan Langganan Komik & surat khabar dalam talian, video streaming, audio streaming dan lain-lain. Perkhidmatan & penerimaan bayaran.
10
Perkhidmatan Perkhidmatan perisian, pengurusan cara, perancangan perkahwinan dan lain-lain. Perkhidmatan & penerimaan bayaran.
11
Pengiklanan Blogger, instafamous, insta review. Rekacipta kandungan, muat naik, penerimaan bayaran.
12
Crowd Sourcing Contoh: kickstarter.com Rekacipta kandungan, muat naik, penerimaan bayaran.
13
Jualan Produk Digital Data, Buku Elektronik, Aplikasi Rekacipta kandungan, muat naik, penerimaan bayaran.
14
Mata Wang Crypto Dagangan dalam Mata Wang Crypto Pedagang, Penjual, Miner.


Perbelanjaan Perniagaan

Dibenarkan Tidak dibenarkan

Perbelanjaan yang dilakukan dalam menghasilkan pendapatan perniagaan.
Contoh :

  • Upah / Gaji
  • KWSP / PERKESO pekerja
  • Insurans perniagaan (kecurian / kebakaran)
  • Sewa premis perniagaan
  • Faedah atas pinjaman
  • Bayaran tahunan domain
  • Bayaran sewaan server

Perbelanjaan domestik dan persendirian.
Contoh :

  • Bil elektrik, bil air rumah kediaman, yuran pendidikan anak dan susut nilai

Perbelanjaan beli aset peribadi.
Contoh :

  • Kereta
  • Rumah
  • Perabot

Perbelanjaan beli aset peribadi.

  • Pendaftaran SSM
  • Pendaftaran domain name /server


Elaun Modal
Potongan Elaun Modal atas aset perniagaan boleh dituntut dan ditolak selepas pengiraan pendapatan larasan.


Kadar Elaun Modal

Jenis Elaun
Jenis Aset
Kadar
Elaun Permulaan
Semua jenis aset
20 %
Elaun Tahunan
Komputer dan peralatan ICT
40 %
Kenderaan bermotor, jentera berat
20 %
Loji dan jentera
14 %
Peralatan pejabat, perabot dan lekapan dan lain-lain
10 %


Di lawati : 127,083
Kemaskini : : 2020-11-12 17:44:00

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

150 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 26 Nov 2020
Pengunjung : MALAYSIA Flag 5 Online : 5
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 36,333
Jumlah Pengguna Bulan : ( 11 / 2020 ) 941,801
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2020 ) 22,524,060
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 247,693,665
Jumlah Pengguna Bulan :( 10 / 2020 ) 1,545,361
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2019 ) 27,411,904