logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Perkongsian

Pendaftaran Fail Cukai

Siapa Perlu Mendaftar Fail Cukai

Sekiranya sesebuah perniagaan perkongsian telah memulakan operasi perniagaannya, maka ahli kongsi utama perlu mengemukakan permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan. Sekiranya perniagaan perkongsian masih belum memulakan operasi perniagaan, permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai tidak perlu dikemukakan.

Cara Membuat Pendaftaran Fail

Individu yang mempunyai perniagaan tunggal dan telah memulakan operasi perniagaan sahaja yang perlu mengemukakan permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan. Sekiranya anda mempunyai perniagaan tunggal tetapi operasi perniagaan masih belum bermula, anda tidak perlu mengemukakan permohonan tersebut.

Dokumen Pendaftaran

Sila kemukakan borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai bersama dokumen-dokumen berikut ;

  • Satu salinan kad pengenalan/passport bagi pemohon/ahli kongsi.
  • Satu (1) salinan penyata kewangan terkini perniagaan (jika ada)
  • Satu (1) salinan Borang D - Perakuan Pendaftaran dari SSM.
  • Satu (1) salinan Borang A - Borang maklumat Perniagaan dari SSM atau;
  • Satu (1) salinan surat daripada Majlis Peguam (Jika Berkaitan) atau;
  • Satu (1) salinan Borang 12 di bawah Akta Perubatan 1971 (Jika Berkaitan) atau;
  • Satu (1) salinan Borang Q atau Borang K dari Lembaga Penilai Pentaksir Ejen Hartanah Malaysia (Jika Berkaitan) atau;
  • Satu (1) salinan surat pengesahan daripada MIA (Jika Berkaitan) dan

Borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh didapati di mana-mana kaunter LHDNM yang berdekatan.

Tindakan Selepas Mendaftar Fail

Selepas nombor rujukan cukai anda didaftarkan, anda dikehendaki mendapatkan Borang Nyata Cukai Pendapatan iaitu Borang B tahun taksiran berkaitan dengan pendapatan anda bagi tujuan melaporkan pendapatan anda. Borang Nyata Cukai Pendapatan tersebut boleh diperolehi di kaunter-kaunter LHDNM seluruh Malaysia.

Borang Nyata Cukai Pendapatan (Perkongsian)

Apakah BNCP untuk Syarikat?

Mulai 2001, syarikat perlu membuat taksiran sendiri dan menentukan cukai kena melalui Borang C. LHDNM juga menyediakan Nota Penerangan serta kaedah pengiraan cukai bagi membantu syarikat dalam urusan pengemukaan borang tersebut.

Tarikh Akhir Penghantaran Borang

Borang C perlu dikemukakan kepada LHDN dalam tempoh 7 bulan selepas tarikh penutupan akaun. Borang C perlu diisi dengan lengkap sebelum mengemukakannya ke LHDN. Hantar Borang C ke alamat :

Jabatan Pemprosesan Maklumat,
Menara Hasil, No.3, Jalan 9/10
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Borang C perlu dikembalikan bersama-sama dengan Borang R bagi tahun taksiran yang sama.

Kemaskini Maklumat Perkongsian

Bilakah Kemaskini Perlu Dilakukan

Anda dinasihatkan memaklumkan pihak LHDNM dengan kadar segera apabila terdapat perubahan ke atas sebarang maklumat perkongsian anda. Diantara maklumat yang perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan adalah :

  • Alamat surat menyurat/alamat kediaman
  • Nombor telefon untuk dihubungi
  • Perubahan dalam ahli kongsi
  • Maklumat agen cukai (jika berkenaan)

Bagaimana Melakukan Kemaskini

Bagi tujuan mengemaskini alamat surat menyurat, sila gunapakai Borang Permohonan Pertukaran Alamat iaitu CP600B bagi tujuan tersebut. Borang CP600B boleh dimuatturun disini. Anda juga dibenarkan memaklumkan berhubung pertukaran alamat surat menyurat melalui surat rasmi.

Bagi tujuan mengemaskini maklumat-maklumat yang lain, pemberitahuan perlu dikemukakan secara bertulis beserta dokumen-dokumen yang berkaitan.Sebarang makluman berhubung tujuan tersebut boleh dikemukakan ke Cawangan di mana fail anda berada.

Penutupan Fail Secara Kekal

Keadaan Yang Membolehkan Fail Perkongsian Ditutup

Permohonan boleh dikemukakan dalam keadaan di mana

  • Telah menghentikan operasi perniagaan sama ada untuk sementara waktu atau buat selama-lamanya dan anda tiada mempunyai sebarang punca pendapatan lain.
  • Menukar status perniagaan daripada perkongsian kepada perniagaan tungal atau menjadi syarikat terkawal

Bagaimana Membuat Pemohonan Penutupan Fail Cukai

Permohonan perlulah dibuat secara bertulis dengan mengemukakannya ke cawangan di mana fail anda ditadbir.

Dokumen sokongan bagi menunjukkan sebab-sebab permohonan dikemukakan perlu disertakan bersama.

Menyemak Butiran Perkongsian

Semakan Butiran Melalui Wakil

Semakan juga dibenarkan dibuat melalui wakil dalam keadaan di mana anda tidak dapat berbuat demikian. Surat kuasa membenarkan wakil anda membuat semakan adalah diperlukan bagi mengesahkan kebenaran yang telah diberikan. Semakan hanya boleh dibuat dengan cara wakil tersebut hadir sendiri ke mana-mana cawangan LHDNM yang berdekatan. Semakan melalui panggilan telefon adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Memohon Pemindahan Fail

Keadaan Di mana Fail Cukai Boleh Dipindahkan

Fail fizikal cukai boleh dipindahkan ke cawangan lain dalam keadaan di mana ;

  • Alamat surat menyurat perkongsian telah bertukar dan alamat tersebut adalah di bawah pentadbiran cawangan yang lain. Walaubagaimanapun, pihak LHDNM akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya sebelum memindahkan fail fizikal anda.
  • Menerima permohonan daripada pembayar cukai untuk memindahkan fail fizikal cukai pendapatan anda ke cawangan yang difikirkan bersesuaian.

Bagaimana Permohonan Pemindahan Fail Cukai Dilakukan

Permohonan secara bertulis bagi menerangkan maksud anda perlu dikemukakan ke cawangan di mana fail anda berada sekarang.

Di lawati : 86,460
Kemaskini : : 2014-02-28 16:53:09

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

14 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 16 Nov 2018
Pengunjung : Italy
 Flag 1 Malaysia
 Flag 4 New Zealand
 Flag 1 Taiwan; Republic of China (ROC)
 Flag 1 United States
 Flag 11 Online : 18
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 8,220
Jumlah Pengguna Bulan : ( 11 / 2018 ) 1,106,235
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2018 ) 33,266,911
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 199,579,401
Jumlah Pengguna Bulan :( 10 / 2018 ) 1,903,138
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2017 ) 33,518,994