logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Anggaran Cukai
Menentukan Anggaran Cukai

Berkuatkuasa daripada tahun taksiran 2006, anggaran cukai yang kena dibayar bagi sesuatu tahun taksiran hendaklah tidak kurang daripada 85% anggaran cukai dipinda bagi tahun taksiran sebelumnya. Jika tiada pindaan anggaran cukai dikemukakan, anggaran cukai tahun semasa hendaklah tidak kurang daripada 85% anggaran cukai pada tahun taksiran sebelum.

Bagi syarikat yang baru memulakan operasi, syarikat boleh menentukan anggaran cukai bagi tahun taksiran pertama mengikut anggaran keuntungan syarikat. Anggaran cukai pada tahun taksiran pertama tersebut akan menjadi asas untuk menentukan anggaran cukai tahun taksiran berikutnya.

Contoh:

Syarikat ABC Sdn Bhd mengemukakan anggaran cukai tahun taksiran 2007 sebanyak RM50,000. Pada bulan ke 6 / 9 syarikat telah meminda anggaran cukai kepada RM100,000. Pindaan tersebut telah dipersetujui oleh LHDNM.

Oleh itu tahun taksiran 2008, ABC Sdn Bhd hendaklah kemukakan anggaran cukai yang sekurang-kurang RM85,000 (85% daripada pindaan anggaran pada tahun taksiran 2007).

Mengemukakan Anggaran Cukai

Syarikat yang telah beroperasi (sedia ada) hendaklah mengemukakan anggaran cukai tidak lewat daripada 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran. Bagi syarikat baru beroperasi, anggaran cukai tersebut perlu dikemukakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh syarikat mula beroperasi

Contoh 1:

Syarikat ABC Sdn. Bhd. menyediakan akaun bagi tempoh 01/07/2008 sehingga 30/06/09 bagi tahun taksiran 2009.

Syarikat hendaklah kemukakan borang CP204 selewat-lewatnya pada 31/05/2008 (30 hari sebelum bermula tempoh asas).

Contoh 2:

Syarikat DEF Sdn. Bhd baru ditubuhkan pada 25/02/2009. Syarikat memulakan perniagaan pada 01/04/2009 dan menyediakan penyata akaun yang pertamanya sehingga 31/12/2010.

Syarikat hendaklah mengemukakan borang CP204 selewat-lewatnya pada 30/06/2009 (3 bulan dari tarikh syarikat mula beroperasi).

Borang Anggaran Cukai (CP204)

Boleh di muat turun di laman web LHDNM Borang CP204 Pin.2/2015

Borang tersebut juga boleh diperolehi dari mana-mana cawangan LHDNM ATAU Pusat Pemprosesan Maklumat, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Aras Tanah, Menara Hasil, No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Membuat Pindaan Anggaran Cukai

Di lawati : 131,894
Kemaskini : : 2015-10-01 09:09:59

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

83 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 13 Dis 2018
Pengunjung : Canada
 Flag 1 Malaysia
 Flag 3 Netherlands
 Flag 1 United States
 Flag 11 Online : 16
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 7,811
Jumlah Pengguna Bulan : ( 12 / 2018 ) 898,886
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2018 ) 35,100,633
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 201,413,124
Jumlah Pengguna Bulan :( 11 / 2018 ) 2,041,071
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2017 ) 33,518,994