logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Permohonan Relif Di Bawah Akta Cukai Pendapatan
PERMOHONAN RELIF BERKENAAN KESILAPAN ATAU KHILAF DI BAWAH SEKSYEN 131 ACP
  1. Selain daripada rayuan di bawah seksyen 99 ACP, seorang pembayar cukai boleh membuat permohonan relif ke atas kesilapan atau khilaf dalam BNCP yang dibuat olehnya. Penentuan sama ada pembayar cukai telah melakukan kesilapan atau khilaf merupakan persoalan fakta dan undang-undang.
  2. Beban pembuktian terdapatnya kesilapan atau khilaf adalah terletak di pihak pembayar cukai. KPHDN hanya akan menyemak semula taksiran sekiranya dia berpuas hati bahawa pembayar cukai telah melakukan kesilapan atau khilaf dalam BNCP atau penyataan yang dibuat olehnya bagi tujuan ACP yang dikemukakan kepada KPHDN.
  3. Syarat-syarat bagi permohonan relif di bawah seksyen 131 ACP adalah:
    1. permohonan relif tidak akan dipertimbangkan sekiranya BNCP yang dikemukakan selari dengan pendirian, ketetapan dan amalan KPHDN yang terdapat pada masa taksiran itu dibuat.
    2. pembayar cukai telah membayar kesemua cukai yang telah ditaksir bagi tahun taksiran berkenaan.
  4. Pembayar cukai perlu membuat permohonan bertulis melalui surat atau Borang CP15C kepada KPHDN dalam tempoh masa lima (5) tahun selepas berakhirnya tahun taksiran di mana taksiran disifatkan atau dibangkitkan.
PERMOHONAN RELIF BERKENAAN SELAIN DARIPADA KESILAPAN ATAU KHILAF DI BAWAH SEKSYEN 131A ACP
  1. Permohonan relif bagi kes selain daripada kesilapan dan khilaf dibenarkan bagi keadaan berikut:
    1. apa-apa pengecualian, relif, penghapusan (remission), elaun atau potongan di bawah ACP atau mana-mana undang-undang bertulis yang telah diwartakan selepas tahun taksiran yang mana BNCP telah dikemukakan; atau
    2. kelulusan untuk apa-apa pengecualian, relif, penghapusan (remission), elaun atau potongan diperolehi selepas tahun taksiran yang mana BNCP telah dikemukakan; ATAU
    3. tuntutan yang tidak dibenarkan ke atas bayaran yang belum boleh dibayar di bawah subseksyen 107A(2) atau 109(2), seksyen 109A, atau subseksyen 109B(2) atau 109F(2) ACP pada tarikh BNCP dikemukakan.
  2. Syarat-syarat bagi permohonan relif di bawah seksyen 131A ACP adalah:
    1. pembayar cukai hendaklah mengemukakan BNCP mengikut subseksyen 77(1) atau 77A(1) ACP;
    2. pembayar cukai telah membayar kesemua cukai yang telah ditaksir bagi tahun taksiran berkenaan.
  3. Pembayar cukai perlu membuat permohonan bertulis kepada KPHDN melalui surat atau Borang CP15F di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan seperti berikut:
    1. bagi permohonan relief yang dinyatakan di subperenggan 5(a) dan (b), dalam tempoh lima (5) tahun selepas berakhir tahun yang mana pengecualian, relif, penghapusan, elaun atau potongan tersebut diterbitkan di dalam Warta, atau kelulusan diperolehi, yang mana terkemudian; DAN
    2. bagi permohonan relief yang dinyatakan di subperenggan 5(c), dalam tempoh satu (1) tahun selepas berakhir tahun yang mana bayaran dibuat.
PERMOHONAN RELIF BERKENAAN KES TIDAK KENA CUKAI DI BAWAH SUBSEKSYEN 97A(5) ACP
  1. Kes tidak kena cukai adalah apabila pembayar cukai mengemukakan BNCP kepada KPHDN di bawah subseksyen 77(1) atau 77A(1) ACP dan didapati tiada pendapatan bercukai. Bagi kes tidak kena cukai ini, pembayar cukai boleh membuat permohonan bertulis kepada KPDHN untuk meminda BNCP itu:
    1. jika terdapat kesilapan atau khilaf dan ia adalah seperti permohonan relif di bawah seksyen 131 ACP yang dinyatakan di perenggan 1 hingga 4 di atas; ATAU
    2. jika dalam keadaan bukan kesilapan atau khilaf dan ia adalah seperti permohonan relif di bawah seksyen 131A ACP yang dinyatakan di perenggan 5 hingga 7 di atas.

Bagi penjelasan dan maklumat lanjut berkaitan permohonan relif, sila rujuk kepada Ketetapan Umum No.7/2020 (Rayuan Terhadap Sesuatu Taksiran Dan Permohonan Relif).

Di lawati : 15,429
Kemaskini : : 2021-06-17 10:51:11

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

150 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 24 Sept 2021
Pengunjung : MALAYSIA Flag 12 Online : 12
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 3,777
Jumlah Pengguna Bulan : ( 09 / 2021 ) 1,445,677
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2021 ) 18,301,262
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 267,516,665
Jumlah Pengguna Bulan :( 08 / 2021 ) 1,601,204
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2020 ) 24,046,897