logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Hak Rayuan Dan Masa Untuk Membuat Rayuan
HAK RAYUAN DAN MASA UNTUK MEMBUAT RAYUAN
  1. Seksyen 99 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) memperuntukkan bahawa seseorang yang tidak berpuas hati dengan sesuatu taksiran yang telah dibuat untuk mana-mana tahun taksiran ke atasnya oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) berhak merayu terhadap taksiran itu.
  2. Hak merayu di bawah seksyen 99 ACP ini tidak terpakai kepada kes-kes berikut:
    1. taksiran disifatkan di bawah subseksyen 90(1) ACP; ATAU
    2. taksiran disifatkan untuk Borang Nyata Terpinda (BNT) di bawah seksyen 91A ACP.
  3. Walau bagaimanapun di bawah subseksyen 99(4) ACP, jika pembayar cukai tidak bersetuju dengan layanan di dalam Ketetapan Umum atau pendirian, ketetapan dan amalan KPHDN yang terdapat pada masa taksiran itu dibuat, pembayar cukai berhak untuk membuat rayuan. Contoh pendirian, ketetapan dan amalan adalah seperti berikut:
    1. surat ketetapan persendirian atau ketetapan awal;
    2. garis panduan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM);
    3. keputusan kes undang-undang di peringkat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) dan mahkamah; ATAU
    4. kenyataan bertulis lain.
  4. Oleh itu, seksyen 99 ACP hanya terpakai untuk :
    1. rayuan terhadap notis taksiran yang dibuat untuk mana-mana tahun taksiran bagi kes-kes seperti di bawah:
      1. taksiran/taksiran tambahan/taksiran pendahuluan yang dibuat oleh KPHDN hasil daripada penemuan audit atau siasatan;
      2. taksiran anggaran di bawah subseksyen 90(3) ACP yang dibuat tanpa BNCP atau BNCP lewat dikemukakan iaitu di luar tempoh yang ditetapkan atau taksiran anggaran di bawah subseksyen 91(1) ACP ;
    2. rayuan di bawah subseksyen 99(4) ACP apabila pembayar cukai tidak bersetuju dengan layanan di dalam Ketetapan Umum atau pendirian, ketetapan dan amalan KPHDN yang terdapat semasa taksiran itu dibuat.
    3. rayuan terhadap suatu Notis Pemberitahuan Tidak Kena Cukai (NPTKC) yang dikeluarkan KPHDN di bawah seksyen 97A hasil daripada penemuan audit atau siasatan.
  5. Rayuan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Borang Q tidak lewat dari tiga puluh (30) hari selepas notis taksiran diserahkan seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 99(1) ACP.
  6. Mulai Tahun Taksiran 2019, jika taksiran anggaran di bawah subseksyen 90(3) ACP dibuat terhadap suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi kerana kegagalan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP), rayuan melalui Borang Q terhadap taksiran itu hendaklah dikemukakan bersama-sama Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) yang berkenaan.

Bagi penjelasan dan maklumat lanjut berkaitan hak rayuan dan masa untuk membuat rayuan, sila rujuk kepada Ketetapan Umum No.7/2020 (Rayuan Terhadap Sesuatu Taksiran Dan Permohonan Relif).

Di lawati : 27,159
Kemaskini : : 2021-06-14 09:47:18

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

150 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 1 Jan 1970
Pengunjung : MALAYSIA Flag 17 Online : 17
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 2,708
Jumlah Pengguna Bulan : ( 07 / 2021 ) 1,280,451
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2021 ) 14,873,276
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 264,089,347
Jumlah Pengguna Bulan :( 06 / 2021 ) 1,519,579
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2020 ) 24,046,897