Berkenaan Rekod Bayaran
Semakan rekod bayaran boleh dibuat secara dalam talian menerusi aplikasi e-Lejar.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan rekod bayaran secara terperinci boleh dibuat dengan menelefon Unit Pungutan di cawangan yang mengendalikan fail anda.
Hubungi Hasil Care Line
Memohon Rekod Kedudukan Cukai
Sekiranya anda memerlukan penyata kedudukan cukai, anda boleh mencetak maklumat tersebut menerusi aplikasi e-Lejar atau anda boleh mendapatkan penyata tersebut dengan menelefon Unit Pungutan di cawangan yang mengendalikan fail anda atau menulis surat kepada unit yang sama di cawangan yang berkenaan.
Hubungi Cawangan LHDNM
Memohon Notis Taksiran (Borang J)
Mulai Tahun Taksiran 2004:
Oleh itu, tiada Notis Taksiran (Borang J) dikeluarkan oleh LHDNM kepada pembayar cukai. Pembayar cukai dinasihatkan supaya membuat salinan Borang Nyata Cukai Pendapatan untuk tujuan rujukan sebelum mengemukakannya ke LHDNM.