Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
 Bersama Membangun Negara     Sab, 21 Okt 2017    Eng | Mal
Utama / Pengenaan Cukai

Adakah saya layak dikenakan cukai

Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

Apakah yang patut saya lakukan jika saya layak dikenakan cukai

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :

  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.

Tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan

Borang Nyata Cukai Pendapatan untuk individu yang bermastautin dan tidak mempunyai pendapatan perniagaan iaitu Borang BE akan dikeluarkan dan diposkan kepada semua pembayar cukai pada setiap tahun melalui proses Pengeluaran Am.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dinyatakan di atas, borang tersebut boleh diperolehi dari :

  • Cawangan LHDNM yang berdekatan, atau
  • Jabatan Pemprosesan Maklumat, Bandar Baru Bangi, Selangor, atau
  • Muat turun dari laman web LHDNM. Walau bagaimanapun, mulai Tahun Taksiran 2010, pembayar cukai adalah tidak dibenarkan untuk menggunakan Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dimuatturun dari laman web untuk tujuan pengemukaan. Borang Nyata Cukai Pendapatan dalam bentuk PDF adalah untuk tujuan rujukan sahaja.

Salinan fotostat Borang Nyata Cukai Pendapatan tidak diterima untuk pengemukaan.

Anda adalah digalakkan menggunakan perkhidmatan e-Filing jika tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan. Sila hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1-800-88-5436 untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan e-Filing.

Pengenaan Cukai Pendapatan Untuk Warganegara Asing

Jika anda seorang warganegara asing yang bertugas di negara ini, anda perlu memberitahu Cawangan Tidak Bermastautin atau cawangan LHDNM yang berhampiran dalam jangkamasa 2 bulan dari tarikh ketibaan anda di Malaysia.

Apa itu Skop Pengenaan Cukai

Pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas semua pendapatan yang diperoleh di Malaysia dan pendapatan yang diterima dari luar Malaysia. Skop penggenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf permastautinannya.

Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai. Dengan itu, pembayar cukai sama ada yang bermastautin atau yang tidak bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja.

Di lawati : 539,039
Kemaskini : : 2010-03-04

.Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. 03-83138888 .

5 1mal jata mof msc anm kastam bnm lada spr 1akses
Selamat Datang Welcome United States
  Tarikh Kemaskini : 20 Okt 2017
Pengunjung : France
 Flag 1 Indonesia
 Flag 1 Malaysia
 Flag 1 United States
 Flag 9 Online : 12
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 3,396
Jumlah Pengguna Bulan : ( 10 / 2017 ) 970,127
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2017 ) 27,119,362
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 170,879,547
Jumlah Pengguna Bulan :( 09 / 2017 ) 2,774,779
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2016 ) 30,962,414