Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
 Bersama Membangun Negara     Sel, 25 Jul 2017    Eng | Mal
Utama / Lain-lain Situasi

Memohon Pengecualian Menghantar Borang

Keadaan Pengecualian Boleh Dipohon

Permohonan boleh dikemukakan dalam keadaan berikut:

  1. Telah bersara dari perkhidmatan dan tiada lagi mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai tetapi masih mempunyai baki perlu dijelaskan atau baki perlu di bayar balik.
  2. Akan meninggalkan Malaysia bagi satu tempoh masa yang lama, tetapi anda perlu memastikan akaun anda tiada baki perlu dijelaskan atau perlu dibayar balik.
  3. Tiada pendapatan yang boleh dikenakan cukai tetapi akaun anda masih mempunyai baki perlu dijelaskan atau baki perlu dibayar balik.

Bagaimana permohonan pengecualian dilakukan

Permohonan perlulah dibuat secara bertulis dengan mengemukakannya ke cawangan di mana fail anda ditadbir.

Penutupan Fail Secara Kekal

Keadaan Yang Membolehkan Fail Cukai Ditutup

Permohonan boleh dikemukakan dalam keadaan di mana:

  1. Telah bersara dari perkhidmatan dan tiada lagi mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai.
  2. Akan meninggalkan Malaysia buat selama-lamanya.
  3. Tiada pendapatan yang boleh dikenakan cukai serta umur anda telah melebihi 55 tahun.

Anda perlu memastikan akaun anda tiada berbaki yang perlu dijelaskan atau baki yang perlu dibayar balik sebelum mengemukakan permohonan penutupan fail cukai pendapatan.

Bagaimana Permohonan Penutupan Fail Cukai Dilakukan

Permohonan perlulah dibuat secara bertulis dengan mengemukakannya ke cawangan di mana fail anda ditadbir.

Memohon Memindahkan Fail ke Cawangan Lain

Memindahkan Fail Cukai ke Cawangan Lain

  1. apabila alamat surat menyurat anda telah bertukar dan alamat tersebut adalah dibawah pentadbiran cawangan yang lain.

  2. apabila menerima permohonan daripada pembayar cukai untuk memindahkan fail fizikal cukai pendapatan anda ke cawangan yang difikirkan bersesuaian.

Memohon Sijil Penyelesaian Cukai

Keadaan Yang Membolehkan Sijil Penyelesaian Cukai Dipohon

Sijil Penyelesaian Cukai perlu di pohon apabila anda:

  1. Dalam keadaan berhenti dari satu penggajian,

  2. Akan bersara dari perkhidmatan,

  3. Akan meninggalkan Malaysia bagi satu tempoh yang lama, atau

  4. Akan meninggalkan Malaysia buat selama-lamanya.

Bagaimana Permohonan Sijil Penyelesaian Cukai Boleh Dipohon

Bagi keaadaan di mana anda sedang berkhidmat di sektor awam dan akan:

  1. Bersara dari perkhidmatan, sila dapatkan Borang CP22B yang telah lengkap di isi daripada majikan, atau

  2. Akan meninggalkan Malaysia bagi satu tempoh yang lama, sila dapatkan Borang CP21 yang telah lengkap di isi juga daripada majikan anda.

Bagi keadaan di mana anda merupakan sedang berkhidmat di sektor swasta dan akan;

  1. Bersara dari perkhidmatan, sila dapatkan Borang CP22A yang telah lengkap di isi daripada majikan, atau

  2. Akan meninggalkan Malaysia bagi satu tempoh yang lama atau selama-lamanya, sila dapatkan Borang CP21 yang telah lengkap di isi juga daripada majikan anda.

Borang-borang tersebut boleh diperolehi daripada laman web ini.

Borang yang telah lengkap di isi perlu dikemukakan ke cawangan di mana fail fizikal cukai pendapatan anda berada. Setiap permohonan akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh ianya diterima.

Menamatkan Perkongsian

Penutupan Fail Secara Kekal

Permohonan penutupan fail secara kekal boleh dibuat dalam keadaan berikut:

  1. Telah menghentikan operasi perniagaan sama ada untuk sementara waktu atau buat selama-lamanya dan anda tiada mempunyai sebarang punca pendapatan lain.
  2. Menukar status perniagaan daripada perkongsian kepada perniagaan tungal atau menjadi syarikat terkawal.

Bagaimana Membuat Pemohonan Penutupan Fail Cukai

Permohonan perlulah dibuat secara bertulis dengan mengemukakannya ke cawangan di mana fail anda ditadbir.

Bersara Dari Penggajian

Tindakan Sebelum Bersara

Anda dikehendaki memaklumkan kepada pihak LHDNM dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh anda mula bersara daripada perkhidmatan bagi memohon Surat Penyelesaian Cukai (SPC). Anda perlu mengemukakan Borang CP22A (sekiranya anda berkhidmat dalam sektor swasta) atau Borang CP22B (sekiranya anda berkhidmat dalam sektor awam).

Permohonan perlulah dikemukakan ke Cawangan di mana fail anda berada. Anda juga dinasihatkan supaya memastikan semua Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi tahun-tahun kebelakang telah dikembalikan kepada LHDNM.

Tindakan Selepas Bersara

Selepas daripada tarikh anda bersara, sekiranya anda tidak lagi mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai, anda boleh mengemukakan permohonan ke Cawangan di mana fail anda berada untuk penutupan fail. Anda juga perlu memastikan akaun anda telah tidak mempunyai baki yang perlu dijelaskan atau baki yang perlu dibayar balik bagi membolehkan proses penutupan fail cukai pendapatan dilakukan.

Di lawati : 94,953
Kemaskini : : 2014-02-28 16:40:12

.Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. 03-83138888 .

7 1mal jata mof msc anm kastam bnm lada spr 1akses
Selamat Datang Welcome United States
  Tarikh Kemaskini : 25 Jul 2017
Pengunjung : China
 Flag 1 India
 Flag 1 Malaysia
 Flag 20 United States
 Flag 11 Online : 33
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 96,812
Jumlah Pengguna Bulan : ( 07 / 2017 ) 1,883,634
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2017 ) 20,568,685
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 164,352,193
Jumlah Pengguna Bulan :( 06 / 2017 ) 1,109,042
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2016 ) 30,962,414