logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Bayaran Balik Cukai

Keadaan Wujud Bayaran Balik
Bayaran balik cukai wujud apabila:

  1. Pembayar cukai telah membuat bayaran lebih daripada cukai yang sepatutnya,
  2. Pembayar cukai mempunyai lebihan cukai akibat taksiran cukai yang telah dikurangkan, atau
  3. Cukai yang dipotong daripada dividen melebihi tanggungan cukai pendapatannya dalam tahun berkenaan.


Cara Menuntut Bayaran Balik
Bayaran balik lebihan kredit akan dibuat secara automatik kepada pembayar cukai dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP). Walau bagaimanapun jika anda tidak menerima bayaran balik, anda bolehlah berbuat demikian dengan menulis surat kepada Unit Pungutan di cawangan yang mengendalikan fail anda atau isikan Borang Maklum Balas Pelanggan http://maklumbalas.hasil.gov.my/ atau melalui panggilan telefon ke Hasil Care Line melalui talian tanpa tol 03-8911 1000 (LHDN).


Menggunakan Baki Kredit Untuk Membayar Baki Cukai Tahun Semasa
Sekiranya akaun anda menunjukkan terdapat lebihan kredit bagi tahun sebelum tahun taksiran anda boleh membuat permohonan untuk menggunakan kredit tersebut bagi membayar cukai tahun semasa. Permohonan untuk set off boleh dibuat dengan mengemukakan surat kepada unit pungutan di cawangan di mana fail fizikal anda berada sebelum 30 April.


Keuntungan atau Kerugian Pertukaran Mata Wang Asing
Sebarang keuntungan daripada pertukaran mata wang asing dalam proses bayaran balik cukai akan dikembalikan kepada pembayar cukai, manakala sebarang kerugian adalah ditanggung oleh pembayar cukai.


Hubungi Cawangan LHDNM
Hasil Care Line


Di lawati : 401,741
Kemaskini : : 2020-07-01 15:39:56

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

150 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 22 Apr 2021
Pengunjung : MALAYSIA Flag 276 Online : 276
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 12,138
Jumlah Pengguna Bulan : ( 04 / 2021 ) 1,799,402
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2021 ) 9,448,139
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 258,664,144
Jumlah Pengguna Bulan :( 03 / 2021 ) 3,154,397
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2020 ) 24,046,897