logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Digital Franking System 2.0 (DFS)
DFS2.0

 

SISTEM FRANKI DIGITAL

Sistem Frangki Digital atau lebih dikenali dengan DFS merupakan salah satu kaedah penyeteman alternatif kepada sistem penyeteman utama STAMPS.
Sistem ini mula diperkenalkan pada tahun 2011 bagi menggantikan kaedah penyeteman manual franking berdakwat merah.
DFS menggunakan mesin frangki digital yang dihubungkan dengan komputer bagi penyimpanan maklumat penyeteman.

DFS 2.0

Pada tahun 2018, seiring dengan perkembangan teknologi semasa, sistem ini telah dinaiktaraf dan dikenali sebagai DFS 2.0.
Ia melibatkan pembaharuan proses kerja daripada pengisian borang PDS 1 secara manual kepada mengunci masuk (key in) maklumat ke dalam sistem.
Ini bermakna pembayar duti dikehendaki memasukkan maklumat dokumen sebelum penyeteman dibuat.

Walau bagaimanapun, proses kerja yang lain masih tidak berubah.
Pembayar duti dikehendaki membawa surat cara asal yang ingin disetemkan ke kaunter duti setem LHDNM.
Penyeteman ke atas surat cara masih menggunakan Setem Tertera Frangki Digital.

Terdapat tiga (3) kaedah permohonan penyeteman melalui DFS 2.0 iaitu :

i) Aplikasi Komputer (Windows) : (boleh mula dimuat turun bermula 25 Jun 2018)

ii) Aplikasi Mudah Alih : (boleh mula dimuat turun bermula 25 Jun 2018)

iii) Kaunter Layan Diri

Disediakan di kaunter Pejabat Setem Cawangan (PSC) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC Johor) bagi kemudahan pembayar duti.
Pembayar duti yang telah selesai mengisi permohonan melalui kaedah ini hanya perlu menunjukkan pengenalan diri (kad pengenalan / passport) untuk mendapatkan data yang disimpan dalam database sistem.

Pembayar duti digalakkan untuk membuat pengesahan ketulenan setelah proses penyeteman selesai di laman utama STAMPS (https://stamps.hasil.gov.my/stamps/).

KATEGORI PENGGUNA SFD

i) Pengguna Dalaman LHDNM

Orang awam / pembayar duti  yang ingin berurusan bagi tujuan penyeteman boleh hadir ke kaunter Duti Setem di seluruh PSC / PKH / UTC Johor.

ii) Pengguna Luar

Pihak luar yang diberi lesen untuk menggunakan mesin di premis masing-masing bagi dokumen yang berduti tetap sahaja.

KELEBIHAN SFD

  • Mengelakkan kes pemalsuan duti setem.
  • Mengelakkan kesalahan ketika memasukkan data yang ditulis secara manual pada doket.
  • Memudahkan proses penyeteman seiring dengan teknologi digital.
  • Kemasukan maklumat boleh dibuat di mana-mana dengan mudah dan pantas.
  • Mempunyai pelbagai pilihan bagi kaedah permohonan.
  • Semakan pengesahan ketulenan yang cepat.


TARIKH PELAKSANAAN

Di lawati : 160
Kemaskini : : 2018-06-14 12:06:59

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

83 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 22 Jun 2018
Pengunjung : China
 Flag 3 Malaysia
 Flag 2 United States
 Flag 18 Online : 23
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 6,370
Jumlah Pengguna Bulan : ( 06 / 2018 ) 1,578,624
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2018 ) 23,583,118
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 189,895,585
Jumlah Pengguna Bulan :( 05 / 2018 ) 3,095,847
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2017 ) 33,518,994