logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / XBRL

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan memperkenalkan penghantaran helaian kerja pengiraan cukai menggunakan kaedah pengemukaan XBRL. XBRL adalah singkatan bagi 'eXtensible Business Reporting Language', iaitu kaedah yang digunakan untuk menghantar rekod-rekod perniagaan secara digital untuk pelaporan. XBRL telah digunakan secara meluas di seluruh dunia. Melalui penggunaan XBRL, penyimpanan, perkongsian dan penggunaan data perniagaan menjadi lebih efektif.
LHDNM berhasrat melaksanakan Sistem Pengemukaan XBRL secara berperingkat seperti berikut:


Entiti Pelapor

Aktiviti Pelaksanaan

Tarikh

Syarikat,
Orang Yang Boleh Dikenakan Cukai (Operasi Petroleum)

Hebahan Taksonomi

Januari 2018

'Roadshow' XBRL

Suku ketiga 2018

Mulai Tahun Taksiran 2019

2019

Pemilik Tunggal,
Perkongsian,
Pertubuhan,
Koperasi

Hebahan Taksonomi

Januari 2018

'Roadshow' XBRL

Suku ketiga 2018

Mulai Tahun Taksiran 2019

2020

Terdapat dua kaedah pelaporan atau pengemukaan helaian kerja pengiraan cukai melalui Sistem Pengemukaan XBRL:

  1. Pengemukaan melalui borang web dalam talian. Entiti pelapor perlu memasukkan butiran secara dalam talian.
  2. Pengemukaan melalui 'instance' XBRL. Entiti pelapor perlu memuat naik dokumen 'instance' melalui ciri muat naik 'instance' XBRL dalam sistem ini.

Kedua-dua kaedah ini akan menggunakan platform penghantaran dan PKI e-Filing.

Rujuk pautan berikut untuk keterangan lanjut berkaitan struktur taksonomi XBRL LHDNM dan video ringkas berkenaan konsep dan pelaksanaan XBRL LHDNM:

Dokumen Teknikal XBRL LHDNM
Video Konsep dan Perlaksanaan XBRL LHDNM
Fail Taksonomi
Data Model XBRL LHDNM 03032017

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan taksonomi dan Sistem Pengemukaan XBRL boleh dihantar ke e-mel: xbrl@hasil.gov.my

Di lawati : 43,174
Kemaskini : : 2018-03-05 11:25:03

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

83 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 17 Ogos 2018
Pengunjung : Australia
 Flag 1 European Union
 Flag 1 Malaysia
 Flag 29 Singapore
 Flag 1 United States
 Flag 11 Online : 43
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 36,087
Jumlah Pengguna Bulan : ( 08 / 2018 ) 1,154,870
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2018 ) 27,770,644
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 194,083,126
Jumlah Pengguna Bulan :( 07 / 2018 ) 2,341,253
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2017 ) 33,518,994