Pada peringkat awal pelaksanaan Sistem eP LHDNM (secara berperingkat), kenyataan tawaran bagi tender dan sebut harga yang dipaparkan akan menyatakan secara jelas kaedah perolehan samada melalui Sistem eP LHDNM atau proses manual sedia ada. Pembekal boleh membuat semakan dari semasa ke semasa ke atas kenyataan tawaran, pembukaan dan keputusan tender/ sebut harga
Pembekal perlulah berdaftar dengan Sistem eP LHDNM bagi membolehkan pembekal untuk menyertai tawaran tender/ sebut harga yang ditawarkan oleh LHDNM serta memperolehi kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan. Pembekal perlu memastikan maklumat yang diisi adalah lengkap dan tepat berserta dokumen sokongan (yang berkaitan) bagi memastikan ketepatan maklumat. LHDNM berhak untuk disable pembekal yang telah berdaftar sekiranya didapati maklumat yang dibekalkan adalah tidak sahih dan tidak tepat. Setiap pendaftaran adalah sah laku bagi tempoh satu tahun daripada tarikh pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran adalah secara tahunan. Kenaan caj adalah oleh pihak service provider ke atas perkhidmatan yang telah disediakan.
Pembekal boleh mendapatkan dokumen perolehan secara atas talian bagi tawaran tender dan sebut harga yang melalui Sistem eP LHDNM. Harga dokumen tersebut adalah berdasarkan ketetapan yang telah dinyatakan di dalam Kenyataan Tawaran.
Pembekal yang berjaya menerima tawaran perolehan pembekalan/ perkhidmatan/ kerja melalui Sistem eP LHDNM, akan dikenakan fi perkhidmatan daripada nilai tawaran tertakluk kepada kadar dan had maksimum yang ditetapkan. Fi perkhidmatan berkaitan adalah kenaan caj oleh pihak service provider ke atas perkhidmatan yang telah disediakan.
Sebarang pertanyaan berkaitan Sistem eP LHDNM bolehlah diemailkan kepada eperolehanlhdnm@hasil.gov.my