logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / e-Kemaskini Syarikat

e-Kemaskini

e-Kemaskini Syarikat


e-Kemaskini Syarikat adalah satu usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada orang awam. Sistem ini membolehkan pembayar cukai mengemaskini maklumat syarikat tanpa perlu berurusan di kaunter LHDNM.  Maklumat syarikat yang boleh dikemaskini ialah nombor telefon, alamat e-mel, kod perniagaan utama, alamat berdaftar, alamat surat menyurat, alamat premis perniagaan dan alamat rekod disimpan.  Sekiranya maklumat pembayar cukai telah ada di LHDNM, maklumat tersebut akan dipraisi, hanya ruangan maklumat yang ingin dipinda sahaja yang perlu dikemaskini.

Aplikasi ini boleh dicapai melalui laman web LHDNM mulai 1 Mac 2015.  Pembayar cukai perlu menggunakan kata laluan sijil digital organisasi (OeF)  untuk log masuk dan mengemaskini maklumat pada e-Kemaskini Syarikat.  Maklumat yang telah dikemaskini, dihantar secara dalam talian kepada LHDNM. Perkhidmatan ini dapat menjimatkan masa dan kos serta memudahkan urusan pembayar cukai.

Di lawati : 28,212
Kemaskini : : 2015-04-21 16:19:50

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

3 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 20 Sept 2019
Pengunjung : France Flag 1 MALAYSIA Flag 2 Netherlands Flag 2 United States Flag 7 Online : 12
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 3,097
Jumlah Pengguna Bulan : ( 09 / 2019 ) 606,675
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2019 ) 22,714,155
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 225,356,706
Jumlah Pengguna Bulan :( 08 / 2019 ) 1,164,585
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2018 ) 36,330,047