Akademi Percukaian Malaysia (APM) yang mula beroperasi pada bulan September 1994, ialah institusi latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Ianya terletak di sebuah tapak seluas 36.8 ekar (kira-kira 15 hektar) di Bandar Baru Bangi, Selangor, iaitu lebih kurang 35 km dari ibukota Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara-Selatan.
Fungsi Utama
APM berfungsi sebagai sebuah akademi latihan kepada LHDNM untuk merancang dan melaksanakan program latihan bagi melahirkan pegawai LHDNM yang cekap dan berkualiti.
Objektif
Program peringkat asas dijalankan untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan, pegawai dan staf yang baru mula bertugas di LHDNM. Program bertujuan memberi pendedahan kepada perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap Hasilian meliputi latihan dalam kesedaran negara dan organisasi, asas undang-undang percukaian dan mengikut keperluan bidang kefungsian.
Program dijalankan untuk meningkatkan kemahiran analitis pegawai LHDNM dalam bidang kefungsian bertujuan untuk kemajuan dalam kerjaya.
APM turut melaksanakan pelbagai latihan bagi tujuan pendedahan dan pengetahuan untuk meningkatkan kemahiran pegawai LHDNM.
Dalam bidang pengauditan dan percukaian, antara latihan yang diberikan termasuklah Computer Auditing Tools, Forensic Accounting, UBS, industri khusus, duti setem, insentif cukai dan lain-lain. Latihan dijalankan secara syarahan, kajian kes, role play dan latihan simulasi.
Selain daripada itu, kursus kemahiran seperti penggunaan perisian komputer, perhubungan awam, kaunseling, kemahiran rundingan, kemahiran bahasa dan sebagainya merupakan sebahagian daripada kalendar latihan APM.
Program-program yang dijalankan bukan sahaja disasarkan kepada pegawai LHDNM tetapi juga pegawai-pegawai percukaian dari negara-negara sekitar ASEAN malah juga dari negara-negara terpilih di Asia, Afrika, kawasan Kepulauan Pasifik dan juga dari negara-negara Komanwel yang lain. Penyertaan juga diberikan kepada pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan Malaysia.
Untuk maklumat lanjut berkenaan kemudahan APM, sila hubungi:
Pejabat Pendaftar, Akademi Percukaian Malaysia, Persiaran Wawasan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Malaysia. Telefon: +603-89243600/+603-89245800 Faks: +603-89257299 Customer Care Officer: khairulasyraf@hasil.gov.my